Bedah Siasat 5 Mangsa Nahas Helikopter Selesai, Semua Maut Akibat Melecur Teruk

11 Sep 2026 • 2:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Proses bedah siasat ke atas lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Miri pada Selasa lalu akhirnya selesai pada pukul 7.30 malam tadi.

Menurut laporan Kosmo, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata hasil bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Miri mendapati punca kematian kesemua mangsa adalah disebabkan kecederaan melecur teruk.

Buat masa ini kita (polis) sedang menunggu keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk pengesahan secara saintifik.

Lima mangsa terkorban nahas helikopter

Nahas helikopter

Nahas berlaku pada Selasa lalu apabila sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).

Lima mangsa yang terkorban ialah Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, Dr. Ainul Baraah Kamaruddin, 33, Alexson Adit Henry, 31, Debra Moset, 40 dan Jessie Paya Jok, 44.

Polis masih menunggu keputusan DNA

Image from: Bedah Siasat 5 Mangsa Nahas Helikopter Selesai, Semua Maut Akibat Melecur Teruk

Buat masa ini, pihak polis masih menunggu keputusan sampel DNA bagi mendapatkan pengesahan secara saintifik berhubung identiti kesemua mangsa.

Nahas itu meragut nyawa lima individu yang sedang menjalankan tugas dalam perkhidmatan doktor udara.

Nota Oh! Media:
Semoga segala urusan pengesahan dan siasatan dipermudahkan serta keluarga mangsa diberikan kekuatan menghadapi kehilangan insan tersayang.

Sumber: Kosmo
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

The post Bedah Siasat 5 Mangsa Nahas Helikopter Selesai, Semua Maut Akibat Melecur Teruk appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved