Kita sudah di penghujung Mac dan sudah dapat melihat peningkatan harga yang mendadak pada telefon pintar, tablet dan komputer baharu disebabkan oleh kekurangan bekalan RAM serta storan. Ini semua disebabkan oleh permintaan tinggi daripada sektor pusat data kecerdasan buatan (AI).

Isu kekurangan bekalan kini melanda pula CPU untuk PC pengguna menurut laporan Nikkei Asia. Pasaran CPU PC dan pelayar sedang mengalami kekurangan bekalan yang ketara dengan harga meningkat sehingga 15% secara purata.
Intel dan AMD telah memaklumkan pelanggan bahawa harga semua siri CPU akan dinaikkan bermula Mac (Intel) dan April (AMD). Tempoh menunggu pula meningkat daripada 1–2 minggu kepada 8–12 minggu. Dalam situasi lebih serius tempoh menunggu adalah sehingga 6 bulan.
Intel dan AMD sedang memberikan kepentingan kepada CPU yang digunakan pelayar kerana permintaan AI yang melonjak tinggi. CPU untuk pengguna menjadi semakin sukar diperoleh. Ini tidak dibantu oleh AMD yang sudahpun berada di kapasiti maksimum kerana memerlukan kilang TSMC untuk mengeluarkan cip sementara Intel pula berhadapan dengan isu peratusan hasil yang rendah pada kilang fabrikasi cip mereka sendiri.

