Arm AGI CPU Dilancarkan Khusus Untuk Menjalankan Ejen AI

TechnologyDigital
25 Mar 2026 • 9:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Arm kini memasuki arena penghasilan cip pusat data dan kecerdasan buatan (AI) dengan pelancaran Arm AGI CPU. Ia dibangunkan sepenuhnya oleh Arm dengan kerjasama Meta khusus untuk menjalankan sistem ejen AI. Ini mengesakan ura-ura mengenai kerjasama Arm dan Meta yang dilaporkan tahun lalu.

image is not available

Setiap Arm AGI CPU dilengkapi sehingga 136 teras Neoverse V3 dengan lebar jalur memori 6GB/s setiap teras dan masa pendam kurang 100ns. Sebanyak 8,160 teras boleh diletakkan dalam setiap rak sekiranya menggunakan penyejukan udara dan meningkat ke lebih 45,000 teras jika menggunakan penyejukan cecair. Menurut Arm, cip ini menawarkan dua kali ganda prestasi setiap berbanding sistem x8

Meta ialah pelanggan utama tetapi cip juga akan digunakan oleh OpenAI, Cloudflare, SAP, SK Telecom, F5, Rebellions, Positron. Lebih 50 syarikat turut menyokong platform ini seperti AWS, Google, Microsoft, NVIDIA, Samsung, TSMC, Broadcom, Micron, dan Marvell.

Selain Arm AGI CPU, Google juga sedang membangunkan cip pusat data berasaskan Arm mereka sendiri menggunakan nama Axion dengan sasaran mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 60% berbanding X86. Sementara itu NVIDIA menawarkan NVIDIA Grace CPU Superchip berasaskan Arm sejak 2023.