Bekalan minyak sawit global terjejas dalam jangka panjang jika hasil tuaian tidak ditingkatkan
herman
07/03/2024 - 09:48
KUALA LUMPUR 7 Mac - Bekalan minyak sawit global dijangka terjejas dalam jangka panjang sekiranya sekiranya hasil tuaian minyak sawit tidak pulih selain penanaman komoditi itu turut berhadapan dengan isu kelestarian.
Menurut RHB Investment Bank, kebanyakan ahli panel pada Persidangan & Pameran Tinjauan Harga Minyak Sawit & Laurik Tahun ke-35 (POC2024) yang berakhir semalam turut membangkitkan soal peningkatan keluasan tanaman kacang soya di Brazil.
"Hasil tuaian tanaman merosot dan kelestarian masih menjadi isu. Banyak perbincangan berkisarkan keperluan untuk mengatasi masalah hasil tuaian yang menurun, dan keperluan-keperluan membabitkan penggunaan mesin jentera dan aspek kelestarian.
"Kebanyakan ahli panel percaya bahawa bekalan akan terganggu gugat dalam jangka panjang sekiranya hasil tuaian minyak sawit tidak pulih," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Kementerian Perladangan rangka model satukan semua pekebun kecil bagi naikkan hasil minyak sawit - Johari Ghani
Kat RHB Rsearch, melangkah ke hadapan, pakar-pakar pada persidangan tahunan itu menggariskan beberapa faktor utama yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya termasuk kesan cuaca terhadap tanaman di Amerika Syarikat terutamanya akibat fenomena La Nina dan sebarang perubahan dari segi dasar bahan api bio di peringkat dunia.
Faktor lain yang disentuh ialah perkembangan terbaru di kawasan Laut Hitam dan Laut Merah dan perubahan dalam dasar kerajaan Indonesia setelah bakal Presiden baharu memegang pucuk pimpinan negara kelak.
"Perubahan baharu yang lebih menggalakkan juga boleh hadir dalam bentuk dasar bahan api penerbangan dan dasar bahan api bio untk marin yang baharu lagi lestari.

"Perkara ini akan mampu meningkatkan lagi permintaan dalam jangka panjang," jelasnya.
Dalam pada masa sama, sebahagian besar ahli panel POC2024 mengelak daripada memberikan ramalan harga purata minyak sawit mentah (MSM) untuk tahun ini.
Namun, kata fima penyeldikan itu, rata-ratanya memberi jangkakan harga MSM akan kekal tinggi pada 1H24 sebelum kembali menyederhana pada 2H24 dalam lingkungan harga mencecah antara RM3,800 dan RM4,700 bagi setiap tan.
"Kami bertindak untuk tidak membuat apa-apa pindaan pada andaian harga MSM pada RM3,900 setiap tan.
"Risiko utama yang boleh menjejaskan perwajaran sektor ini ialah fenomena cuaca yang ekstrim, dan pindaan dasar di Indonesia. Kami menyarankan pelabur supaya terus memilih syarikat perladangan tulen seperti Ta Ann dan Sarawak Oil Pam (di Malaysia), Bumitama Agri (di Singapura) dan London Sumatra Indonesia Plantation (di Indonesia)," ujarnya yang mengekekalkan saranan Neutral untuk sektor perladangan.- DagangNews.com

![[VIDEO] Pekebun kecil disatukan bagi tingkatkan hasil minyak sawit - Johari Ghani](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)

