Bekas eksekutif pemasaran bebas terlepas hukuman mati

19 Aug 2026 • 2:36 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bekas eksekutif pemasaran bebas terlepas hukuman mati

JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang bekas eksekutif pemasaran, Ch’ng Chee Wen, 31, daripada tuduhan mengedar 707.8 gram methamphetamine, lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abdul Fareed Abdul Ghafoor membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, Abdul Fareed berkata, keterangan tertuduh bahawa beg sandang yang mengandungi dadah itu tidak pernah berada dalam milikannya gagal dicabar.

“Semasa kes pembelaan, tiga orang saksi telah dipanggil dan dapatan mahkamah
beg sandang itu digantung di sinki air semasa tertuduh ditahan. Seorang saksi iaitu pekerja hotel menyatakan tertuduh tidak membawa beg sandang ketika dia turun dari hotel pada pukul 10.30 malam, sebaliknya hanya sehelai sepinggang sahaja.

“Terdapat keraguan terhadap keterangan saksi pendakwaan ketiga yang menyatakan beliau nampak tertuduh membawa beg sandang ketika membuat pemerhatian dari stesen minyak berhadapan hotel, namun keterangannya bertentangan dengan keterangan saksi pembelaan yang menyatakan saksi pendakwaan itu membuat pemerhatian di sebuah restoran dan bergerak-gerak sepanjang pemerhatian,” katanya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat bersih 707.8 gram  pada pukul 12.50 tengah malam di persisiran pantai di belakang sebuah hotel di Sungai Rengit, Pengerang, Kota Tinggi, 23 Disember 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Zuhainie Zull Kafli dan Nur Diana Zubir mengemukakan seramai empat saksi sepanjang prosiding perbicaraan yang bermula 24 Mac 2025.

Sementara itu, seramai tiga saksi pembelaan dikemukakan termasuk tertuduh yang diwakili peguam Mohd Daud Ismail, Muhamad Abd Kadir dan Hang Lee Ying ketika prosiding bela diri bermula 9 Jun lalu.-UTUSAN

The post Bekas eksekutif pemasaran bebas terlepas hukuman mati appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved