Bekas Gitaris The Times, Nazreen Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Miri

LocalMusic
25 Aug 2026 • 11:07 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bekas pemain gitar dan keyboard kumpulan The Times, Nazreen, dilaporkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Miri, Sarawak, pagi ini.

Berita sedih itu dikongsikan kumpulan berkenaan menerusi Threads, dengan mereka memohon orang ramai mendoakan Allahyarham.

Advertisement
View this post on Instagram

“Al-Fatihah buat Ex-Gitaris The Times Ein Aka Nazreen yang baru meninggalkan kita semua pada 10:52 pagi tadi…

Semoga Roh Beliau Dicucuri Rahmat,”

Pernah bersama The Times selama tiga tahun

Vokalis dan pemain gitar utama The Times, Natazar atau Naza, turut berkongsi mengenai perjalanan Allahyarham bersama kumpulan tersebut.

Menurutnya, Nazreen menyertai The Times selepas penghasilan album Soda Pop Rock ‘N’ Roll dan turut terlibat dalam pembikinan album Nada Melankolik Malaya serta Modern Minimalist Glamour.

“Nazreen adalah anggota The Times selepas album Soda Pop Rock ‘N’ Roll ketika album itu membuat repackage iaitu repackage Soda Pop Rock ‘N’ Roll.

“Dia juga terlibat dalam pembikinan album kedua, Nada Melankolik Malaya, dan album ketiga, dia tak siapkan tapi dia sempat bermain beberapa buah lagu dalam album Modern Minimalist Glamour,”

Naza berkata, Allahyarham merupakan pemain gitar dan keyboard The Times dari 2004 hingga 2007.

Baru bulan lalu hubungi rakan-rakan The Times

Menurut Naza, berita pemergian Nazreen amat mengejutkan kerana Allahyarham baru sahaja menghubunginya pada bulan lalu untuk bertanya khabar.

View this post on Instagram

“Saya diberitahu perkara ini oleh sahabat saya, Alim, anggota OAG juga The Times daripada Kuching pagi tadi. Dan ia amat mengejutkan kamilah sebab dia pergi terlalu cepat.

“Sebab dia baru saja hubungi saya bulan lepas bertanya khabar. Dia rindu The Times, dan dia nak t-shirt The Times, album baru The Times, dan ‘wish me good luck’ (ucap selamat maju jaya) lah.”

Naza turut memaklumkan Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan seorang anak, selain menyifatkan pemergian tersebut sebagai kehilangan besar buat keluarga The Times.

“Jadi amat sedih. beliau meninggalkan rasanya ada seorang anak dan seorang isteri. Saya tak tahu nak cakap apa sebab amat sedihlah kehilangan seorang kawan yang pernah menganggotai The Times.

“Famili The Times amat sedih pada hari ini,”

Sementara itu, sumber memberitahu Harian Metro bahawa Nazreen dipercayai menjadi mangsa kemalangan langgar lari.

Bagaimanapun, identiti kenderaan atau pihak yang dipercayai berlanggar dengan Allahyarham masih belum dikenal pasti. Pihak berkuasa juga masih mencari maklumat daripada orang awam yang mungkin menyaksikan kejadian berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nadi brian2026-08-24 15:25:16

"Peluang Kedua? Bukan Untuk Nedim Nazri" - Nadia Brian

The post Bekas Gitaris The Times, Nazreen Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Miri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved