Hoki negara kehilangan Sarjit Singh

24 Aug 2026 • 8:24 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hoki negara kehilangan Sarjit Singh

PETALING JAYA – Arena hoki negara kehilangan seorang lagi figura berpengaruh apabila bekas pemain dan ketua jurulatih kebangsaan, Sarjit Singh meninggal dunia pada usia 63 tahun, malam tadi.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10 malam di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas berdepan masalah kesihatan.

Sarjit meninggalkan legasi besar dalam arena hoki tempatan selepas mencurahkan bakti kepada negara sebagai pemain sebelum meneruskan sumbangannya menerusi bidang kejurulatihan.

Ketika bergelar pemain, mendiang pernah membawa cabaran Malaysia pada Sukan Olimpik Los Angeles 1984 dan Barcelona 1992, selain membantu skuad negara meraih pingat gangsa Sukan Asia di New Delhi 1982 serta Beijing 1990.

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menerusi kenyataan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan insan tersayang mendiang selain mengenang segala jasa serta sumbangannya terhadap sukan berkenaan.

“Ucapan takziah kami yang tidak terhingga kepada keluarga dan insan tersayang, semoga mereka diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi waktu sukar ini.

“KHM akan sentiasa mengenang dedikasi, khidmat serta sumbangan mendiang terhadap perkembangan hoki Malaysia, sama ada sebagai pemain mahupun jurulatih,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam bidang kejurulatihan, Sarjit pernah mengendalikan skuad kebangsaan dari 2007 hingga 2008 sebelum kembali diberikan kepercayaan menerajui pasukan negara pada Mac 2024 hingga Mac lalu dengan pencapaian terakhirnya membantu Speedy Tigers menduduki tempat keempat Kejohanan Kelayakan Piala Dunia di Ismailia, Mesir. KOSMO! ONLINE

The post Hoki negara kehilangan Sarjit Singh appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved