Bekas isteri Nubhan, Dr. Fie kini tunangan usahawan duda

2 Oct 2026 • 4:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bekas isteri Nubhan, Dr. Fie kini tunangan usahawan duda

PETALING JAYA – Pempengaruh juga bekas isteri penyanyi, Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek kini bergelar tunangan kepada seorang ahli perniagaan berstatus duda.

Difahamkan, Dr. Afifah Hidayah, 36, atau dikenali sebagai Dr. Fie mengikat tali pertunangan di kediaman keluarganya di Seremban, Negeri Sembilan, dua bulan lalu iaitu pada 2 Ogos lalu.

“Ya, dia sudah bertunang. Lelaki itu pula berstatus duda. Mereka saling menerima satu sama lain,” kata sumber terdekat doktor gigi terbabit.

Ditanya lanjut mengenai identiti lelaki terbabit serta tarikh perkahwinan, sumber berkenaan meminta perkara tersebut diajukan sendiri kepada Dr. Fie sendiri.

Dr. Fie yang dapat dihubungi Kosmo! Online memaklumkan hanya akan memperincikan butiran mengenai khabar tersebut menerusi laman sosialnya malam ini.

“Minta maaf, tunggu saya jawab semua malam ini. Terima kasih ye,” katanya menerusi balasan WhatsApp.

Menurut sumber lagi, paling penting keluarga pempengaruh terbabit merestui perhubungan antara kedua-duanya.

Terdahulu, kecoh dalam laman sosial apabila Dr. Fie berkongsi gambar berbaju kurung moden putih duduk di atas pelamin kecil sambil menunjukkan cincin di jarinya.

Biarpun keterangan gambar tidak menyebut sebarang majlis istimewa, netizen dapat menebak hatinya sudah diikat seseorang. Menerusi satu perkongsian Instagramnya, Dr. Fie turut memaparkan momen menerima sebuah bingkai gambar dengan ucapan ‘Selamat Penganti Baharu’ buatnya yang dihadiahkan seorang lelaki dibahasa ‘ustaz’.

Terdahulu, Dr. Fie dan Nubhan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Disember 2025.

Hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga, perkahwinan mereka diserikan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aaffan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun. – KOSMO! ONLINE

 

The post Bekas isteri Nubhan, Dr. Fie kini tunangan usahawan duda appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved