Dr Fie Sahkan Sudah Bertunang, Belum Sedia "Reveal" Bakal Suami

2 Oct 2026 • 7:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Dr Fie Sahkan Sudah Bertunang, Belum Sedia "Reveal" Bakal Suami

Pempengaruh media sosial, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr Fie dilaporkan telah bertunang sejak 6 Ogos lalu.

Memetik laporan Gempak, Dr Fie sendiri mengesahkan mengenai status terbaharu dirinya itu.

Perkembangan terbaru itu mencuri tumpuan apabila beliau berkongsi beberapa gambar ketika majlis pertunangan pada hari ini.

Dr Fie Sahkan Sudah Bertunang

“Ya, Fie dah bertunang,” katanya ringkas kepada Gempak.

Pun begitu, beliau belum bersedia untuk mendedahkan identiti bakal suaminyi kepada umum dan memilih untuk menyimpan perkara tersebut sehingga tiba hari penikahan nanti.

“Setakat ini belum bersedia nak reveal bakal suami lagi. Insya-Allah kahwin nanti lah. Akad nikah,” katanya lagi.

Baca juga:

Menerusi berkongsi di Instagram miliknya, Dr Fie hari ini turut berkongsi satu video yang menyaksikan beliau menerima hadiah perkahwinan daripada Ustaz Khairul Anuar Basri.

"Hadiah kahwin pertama dari Ustaz Khairul Anuar Basri. Terima kasih ustaz untuk hadiah yang sungguh istimewa ini.

"Kantoi pulak dengan dia beberapa bulan lepad masa tunang Fie buatkan hadiah untuk Fie," katanya.

Imbas kembali, Dr Fie sebelum ini bercerai dengan Nubhan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Disember 2025.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved