Bekas kerani didakwa pecah amanah, wang RM33,827 masuk akaun sendiri, suami

LocalPolitics
24 Jun 2026 • 3:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bekas kerani didakwa pecah amanah, wang RM33,827 masuk akaun sendiri, suami
Seorang bekas kerani firma guaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang firma itu berjumlah RM33,827, dalam tempoh lima tahun lepas.Foto Bernama
Image from: Bekas kerani didakwa pecah amanah, wang RM33,827 masuk akaun sendiri, suami
Seorang bekas kerani firma guaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang firma itu berjumlah RM33,827, dalam tempoh lima tahun lepas. Foto Bernama.
Image from: Bekas kerani didakwa pecah amanah, wang RM33,827 masuk akaun sendiri, suami
Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan ke atasnya.

BALIK PULAU – Seorang bekas kerani sebuah firma guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas enam pertuduhan pecah amanah jenayah membabitkan wang syarikat berjumlah RM33,827.

Tertuduh, Mazuin Marzuki, 45 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.

Mengikut pertuduhan, wanita itu yang ketika kejadian bekerja sebagai kerani di firma guaman berkenaan didakwa menyalahgunakan wang milik majikannya dengan memasukkan sejumlah dana ke dalam akaun bank peribadi miliknya serta akaun suaminya.

**media[3560872]**

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan menerusi beberapa transaksi berasingan melibatkan jumlah keseluruhan RM33,827 dalam tempoh antara tahun 2020 hingga 2025 di sebuah firma guaman di Jalan Kolam Ikan, Bayan Lepas.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun selain boleh dikenakan denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong, manakala tertuduh hadir tanpa diwakili peguam.

Semasa prosiding, pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM40,000 bagi semua pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

Bagaimanapun, Mazuin merayu agar jumlah tersebut dikurangkan dengan alasan dia kini tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan suaminya yang berkhidmat dalam sektor kerajaan, selain perlu menyara tiga orang anak.

**media[3560873]**

"Saya tidak mempunyai pekerjaan ketika ini dan hanya bergantung kepada suami. Saya juga mempunyai tiga orang anak untuk disara.

"Oleh itu, saya mohon wang jaminan dikurangkan," katanya.

Selepas mempertimbangkan permohonan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 bagi kesemua pertuduhan.

Mahkamah turut menetapkan 29 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved