Bekas MB Kelantan, Ahmad Yakob Dilantik Mursyidul AM PAS

LocalPolitics
24 Nov 2026 • 11:03 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Bekas MB Kelantan, Ahmad Yakob Dilantik Mursyidul AM PAS

Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Yakob dilantik sebagai Mursyidul Am PAS bagi sesi 2026–2030 selepas tempoh pelantikan penyandang terdahulu, Datuk Hashim Jasin, berakhir pada Oktober lalu.

Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Ulama (MSU) Pas, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya pada Selasa.

Pelantikan itu diputuskan dalam persidangan Majlis Syura Ulama PAS yang berlangsung pada 17 November 2026.

Ahmad Yakob yang pernah menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan selama dua penggal dari 2013 hingga 2023 kini diberikan amanah untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin tertinggi badan ulama parti berkenaan.

Dalam perkembangan sama, jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS pula disandang oleh Datuk Dr. Mahfuz Mohammad.

Baca juga:

Selain itu, beliau turut melantik Ustaz Mohammad Asri Mohammad Daud sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS yang baharu.

"Semoga Allah SWT sentiasa memberikan pertolongan dan kemudahan dalam melaksanakan tugas serta amanah perjuangan"

Menerusi kenyataan sama, Majlis Syura Ulama PAS merakamkan ucapan tahniah kepada semua individu yang diberikan kepercayaan untuk memegang jawatan masing-masing bagi sesi 2026–2030.

"Semoga Allah SWT sentiasa memberikan pertolongan dan kemudahan dalam melaksanakan tugas serta amanah perjuangan," katanya dalam kenyataan tersebut.

Pelantikan Ahmad Yakob dijangka menjadi antara perkembangan penting dalam susunan kepimpinan Majlis Syura Ulama PAS bagi penggal baharu, khususnya selepas berakhirnya tempoh perkhidmatan Hashim sebagai Mursyidul Am sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved