Bekas menteri ditangkap khalwat dengan pengasas NGO

LocalPolitics
16 Oct 2026 • 10:52 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bekas menteri ditangkap khalwat dengan pengasas NGO

 

KUALA LUMPUR – Seorang bekas menteri yang juga pemimpin politik ditangkap khalwat bersama wanita dipercayai pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Khamis.

Difahamkan pemimpin berusia 44 tahun itu ditahan pada jam 6 petang di Petaling Jaya, Selangor.

Kedua-dua individu terbabit kemudiannya dibawa ke Pejabat JAIS di Shah Alam untuk proses dokumentasi.

Sementara itu, Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad mengesahkan bahawa satu tangkapan berkaitan kesalahan khalwat membabitkan figura awam dilakukan di sekitar daerah Petaling pada jam 6 petang, semalam.

Beliau berkata, dua individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kesalahan yang disyaki dilakukan di bawah Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, JAIS menasihatkan umat Islam agar tidak mengaibkan mana-mana individu dengan menjadikannya bahan spekulasi, perdebatan dan fitnah dalam apa juga cara.

 

The post Bekas menteri ditangkap khalwat dengan pengasas NGO appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved