Bekas Menteri Ditahan Berkhalwat, JAIS Sahkan Tangkapan

LocalPolitics
16 Oct 2026 • 11:16 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

jais sahkan tangkapan bekan menteri berkhalwat

Seorang bekas menteri yang juga pemimpin kanan parti politik mencuri perhatian apabila dilaporkan ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas disyaki berkhalwat dengan seorang wanita yang dipercayai pengasas sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pada Khamis.

Difahamkan, pemimpin berusia 44 tahun itu ditahan bersama wanita terbabit sekitar jam 6 petang di sebuah kediaman di Petaling Jaya, Selangor, sebelum kedua-duanya dibawa ke Pejabat JAIS di Shah Alam bagi urusan dokumentasi.

“Pasukan penguat kuasa JAIS dengan kekuatan lima orang tiba dan masuk ke kediaman itu. Ketika serbuan, pemimpin dan wanita terbabit berada di rumah tersebut,” katanya.

JAIS sahkan tangkapan libatkan figura awam

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, mengesahkan tangkapan membabitkan dua individu itu dilakukan di sekitar daerah Petaling, semalam.

Menurut beliau, kedua-dua individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kesalahan yang disyaki dilakukan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, JAIS mengingatkan orang ramai supaya tidak menjadikan perkara berkenaan sebagai bahan spekulasi, perdebatan atau fitnah sehingga mengaibkan mana-mana individu.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved