Bekas MP Putatan pertimbang tandingi kerusi DUN Tg Aru jika...

LocalPolitics
12 Jan 2025 • 1:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Hayati Dzulkifli

Kota Kinabalu: Ketua Bahagian Upko Putatan Datuk Dr Marcus M. Mojigoh (gambar) berkata beliau akan bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang, sekiranya kerusi itu tidak diberikan kepada Upko.

Katanya, beliau akan mengotakan janjinya untuk berbuat demikian jika parti-parti politik terus bertikai sesama sendiri dan bukannya bersatu.

Advertisement“Sekiranya Upko tidak diberi peluang untuk meletakkan calonnya di kerusi DUN Tanjung Aru, dan jika parti-parti politik terus bergaduh sesama sendiri, maka saya mungkin mempertimbangkan untuk tampil bertanding di kerusi itu sebagai calon bebas.

“Saya tidak kisah menggunakan duit saya sendiri untuk meletakkan diri saya sebagai calon bebas bagi kerusi itu,” kata bekas Ahli Parlimen Putatan itu kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di sini, pada Jumaat.