Bekas pekerja GLC direman, bantu siasatan kes rasuah RM3 juta

LocalPolitics
12 Nov 2026 • 3:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Bekas pekerja GLC direman, bantu siasatan kes rasuah RM3 juta

SHAH ALAM, 12 NOV: Bekas pekerja sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Persekutuan direman lima hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM3 juta.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor memaklumkan lelaki itu disyaki menerimanya daripada seorang pengarah syarikat kontraktor sebagai balasan membantu mendapatkan projek penyelenggaraan jalan di pencawang elektrik di seluruh Semenanjung bernilai kira-kira RM95 juta.

Menurut kenyataan SPRM, perintah reman hingga 16 November itu dikeluarkan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi.

“Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan jam 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara 2023 dan 2025 dengan menggunakan dokumen berkaitan perolehan dan pelantikan kontraktor bagi meyakinkan pengarah syarikat berkenaan.

Suspek turut dipercayai menerima wang rasuah melalui beberapa keping cek yang disalurkan beberapa syarikat bertindak sebagai orang tengah.

Pengarah SPRM Selangor Mohd Azwan Ramli mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved