Bekas Pelumba Negara, Elly Idzlianizar Maut

12 Sep 2024 • 5:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Polis mengesahkan bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, maut akibat ditetak dan ditikam selepas terbabit dengan pergaduhan di Kangar, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, mangsa (Elly Idzlianizar) meninggal dunia sekitar jam 12.30 tengah malam semalam.

“Mangsa maut akibat mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan tangan dipercayai kerana ditetak menggunakan senjata tajam," katanya.

Allahyarham Elly Idzlianizar Elias cukup dikenali sebagai pelumba yang berbakat besar di mana beliau mula mencipta nama di arena perlumbaan tempatan Cub Prix.

Allahyarham juga berjaya menjulang beberapa kejuaraan bersama pelbagai pengeluar antaranya Yamaha, Honda dan Suzuki sehingga terpilih menyertai program pencarian pelumba 'wildcard' negara untuk beraksi di Grand Prix Malaysia pada tahun 2009.