“Darah daging aku tu weii!” -Aweera mahu kematian sepupu terbela

12 Sep 2024 • 4:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Aweera mahu kematian sepupu terbela

Penyanyi, Aweera mahu kematian sepupu, Elly Idzlianizar Elias, 40 yang juga merupakan bekas pelumba GP negara pada Selasa selepas dilaporkan mengalami kecederaan parah apabila ditetak bertubi-tubi dengan pedang samurai.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh Aweera di Instagram, dia telah meminta orang ramai untuk menyedekahkan al-Fatihah kepada allahyarham abang sepupunya dan mengakui terkejut dengan berita yang diterima.

image is not available

Aweera mahu kematian sepupu terbela, berang darah daging dibunuh

Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Norhissham turut menzahirkan rasa berang apabila darah dagingnya dilakukan sebegitu sehingga kehilangan nyawa ditangan individu dipercayai dikenali olehnya.

“Hangpa tetak darah daging aku weii!” tulisnya.

image is not available

Aweera mahu kematian sepupu terbela, mahu pelaku dihukum setimpal

Susulan daripada itu, penyanyi berkenaan berharap supaya ada keadilan diatas kematian sepupunya dan para pelaku pembunuhan tersebut mendapat hukuman sewajarnya.

Dia juga menyertakan sekali hashtag #justiceforelly agar kematian bekas pelumba negara itu terbela.

image is not available

Innalillahiwainailahirajiun, salam takziah buat ahli keluarga

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa diatas pemergian yang tidak disangka-sangka bekas pelumba Motor GP negara itu.

Mereka juga berharap agar para pelaku dikenakan hukuman yang setimpal memandangkan apa yang dilakukan cukup kejam sehingga kehilangan nyawa seseorang.

image is not available

Kejam sungguh! Semoga hukuman setimpal menanti

image is not available

Semoga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman

image is not available

 

Terdahulu, berita tentang pemergian Elly Idzlianizar Elias telah mengejutkan ramai terutamanya peminat dunia permotoran kerana allahyarham cukup terkenal dalam kalangan mereka.

Dia juga pernah bersama-sama pelumba negara, Zulfahmi Khairudin pada 2009 dalam saingan 125cc Kejuaraan GP Dunia.

Sumber: Instagram aweera_official