Bekas Pemenang Pingat Emas Sukan Para ASEAN Sah Cerai Talak Satu Lepas 5 Tahun Perkahwinan

20 Sep 2025 • 12:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN, Anas Zul Amirul Sidi dan isterinya, Suffi Sofea sah bercerai talak satu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Perkara itu dimaklumkan oleh Suffi menerusi hantaran di media sosial mengesahkan bahawa mereka bercerai pada 17 September lalu di Mahkamah Syariah.

Difahamkan, permohonan cerai telah dibuat pada 25 ogos dan mereka berdua berpisah secara baik dan atlet itu meluahkan rasa syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.

Saya Suffi & bekas suami, Anas, telah bercerai secara rasmi pada 17/9/2025 di mahkamah Talak 1. Tiada drama luar mahkamah.

image is not available

Tambah Suffi di hantaran itu, tujuannya memaklumkan hal tersebut adalah untuk menjelaskan tentang status hubungan mereka kerana sering menerima mesej berkaitan Anas.

Saya pun dah penat terima DM bertanya “betul ke nampak Anas di sana-sini?” atau “betul ke korang bercerai?”. Jadi, ini penjelasan rasmi supaya semua jelas dan tak perlu lagi tertanya-tanya.

image is not available

Dalam pada itu, Suffi juga memilih untuk tidak berkongsi punca berlaku perceraian tersebut dan menganggap sudah tiada jodoh antaranya dan bekas perenang negara orang kurang upaya (OKU) itu.

Dia juga berharap orang ramai tidak bertanya lebih lanjut berhubung hal itu demi menjaga aib kedua-dua pihak dan untuk menjaga kesejahteraan anak mereka, Bunga Kayyisa.

Anak tinggal bersama saya & kami setuju untuk co-parent seperti biasa. Seperti di media sosial, kami bertiga tetap bersama demi anak. Doakan urusan hadanah & nafkah saya dipermudahkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suffi Sofea (@sxffiinzm)

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-09-10 16:18:41

Mahu Dapatkan Hak Anak-Anak, Raja Azura Tuntut Nafkah Daripada Bekas Suami Selepas 15 Tahun Cerai