
Saya difahamkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dijangka mempertaruhkan lebih ramai atlet pelapis OKU kita untuk merealisasi harapan negara pada Sukan Para ASEAN (APG) 2025 akan berlangsung di Nakhon Ratchasima, Thailand dari 20 hingga 26 Januari, 2026. Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata “Sesungguhnya, langkah ini bertujuan menggilap bakat baharu sebagai persediaan menghadapi APG 2027 di Malaysia & Sukan Paralimpik 2028 di Los Angeles (LA28). Persiapan telah disusun-atur dan kami sedang meneliti prestasi setiap atlet dan pasukan terbaik untuk diketengahkan bagi mewakili negara.” (https://www.nsc.gov.my)
Beliau menambah kata “Majlis Sukan Negara (MSN) turun menyasarkan agar jurang (dengan negara pesaing) dapat diperluaskan, selain memberi ruang kepada atlet baharu. Inilah bakal menjadi wajah masa depan atlet para untuk APG 2027 dan LA28. Sesungguhnya, tadbir urus & latihan yang terbaik akan melahirkan atlet para berwibawa negara seperti Datuk Abdul Latif Romly (olahraga), Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting), Cheah Liek Hou (badminton).”

Menurut rekod MSN, Sukan Para ASEAN bermula pada 2001 dan merupakan temasya sukan terbesar yang dianjurkan oleh negara-negara ASEAN untuk golongan OKU. Temasya ini diadakan selepas tamat temasya Sukan SEA di negara yang sama menganjurkan secara bergilir-gilir Sukan SEA. Kontingen Malaysia menampilkan prestasi cemerlang pada Sukan Para ASEAN 2023 di Kemboja dengan membawa pulang 50 pingat emas, 38 perak & 34 gangsa ke tanah air sekaligus melepasi sasaran 33 emas yang disasarkan. Harapan MSN mensasar kecemerlangan lebih tinggi pada Sukan Para ASEAN 2025.
Mengimbas kembali, saya berkesempatan menyaksikan Majlis Penghargaan kepada pemenang-pemenang pingat emas bagi pemain badminton Malaysia Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Saya amat teruja menghayati lirik lagu patriotik 'Demi Malaysia’ yang dinyanyikan dengan penuh semangat oleh ahli-ahli kontingen Malaysia dan telah membangkitkan semangat serta tegarkan jiwa setiap penyokong yang hadir untuk sama menyanyikan lirik lagu tersebut.
Saya yakin MSN boleh menghidupkan semula lagu patriotik ‘Demi Malaysia’ seiringan dengan lagu ‘Malaysia MADANI’ dan lagu kebangsaan ‘Negaraku’ untuk membakar semangat atlet kontigen Malaysia bagi menghadapi Sukan Para ASEAN 2025 dan merangkuli lebih banyak pingat emas sebagai juara.
Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.


