Bekas Penjaga Gol Arsenal, Alexander Manninger Maut Selepas Kereta Dilanggar Kereta Api

Football
17 Apr 2026 • 12:36 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Bekas Penjaga Gol Arsenal, Alexander Manninger Maut Selepas Kereta Dilanggar Kereta Api

Bekas Penjaga Gol Arsenal, Alexander Manninger Maut Selepas Kereta Dilanggar Kereta Api

Bekas penjaga gol Arsenal, Alexander Manninger, yang pernah mewakili Austria pada Euro 2008, dilaporkan meninggal dunia selepas kereta yang dinaiki dilanggar kereta api, menurut laporan AFP.

Berita berkenaan dipetik dari kenyataan bekas kelabnya, Red Bull Salzburg.

Lelaki berusia 48 tahun itu meninggal dunia apabila sebuah kereta api melanggar keretanya ketika melintasi landasan di wilayah Salzburg, lapor agensi berita Austria APA.

“Kami meratapi bekas penjaga gol kami, Alexander Manninger, yang kehilangan nyawanya dengan tragis dalam kemalangan jalan raya.

“Takziah kepada keluarga dan rakannya. Rehatlah dengan aman, Alexander,” ucap kelab berkenaan menerusi hantaran di laman Facebook.

Baca juga:

Persatuan Bola Sepak Austria dan Arsenal turut menyampaikan ucapan takziah.

“Bersamanya, dunia bola sepak telah kehilangan seorang insan yang sangat istimewa,” kata Persatuan Bola Sepak Austria dalam hantaran di platform X.

“Semua di Arsenal terkejut dan amat berdukacita atas pemergian tragis bekas penjaga gol, Alex Manninger,” ujar Arsenal dalam hantaran di platform X.

Difahamkan, punca kemalangan yang tidak melibatkan kecederaan kepada individu lain itu masih dalam siasatan polis.

Kerjaya Manninger

Manninger membuat 64 penampilan bersama Arsenal antara tahun 1997 hingga 2002, dan memenangi Liga Perdana serta Piala FA.

Mendiang juga membuat 33 penampilan untuk Austria termasuk ketika Euro 2008 yang diadakan di negara sendiri.

Manninger memulakan kariernya bersama kelab kampung halamannya, Red Bull Salzburg.

Selain Arsenal, mendiang turut bermain untuk beberapa pasukan di seluruh Eropah termasuk Sienna, Juventus, Udinese dan Augsburg.

Pada usia 39 tahun, Manninger menandatangani kontrak jangka pendek bersama Liverpool pada tahun 2016, namun tidak membuat sebarang penampilan.