
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ragam pelanggan merupakan antara cabaran utama yang terpaksa dihadapi oleh kebanyakan peniaga dan golongan penjual.
Ada pelanggan yang baik hati namun ada juga yang bersikap tidak sopan hingga boleh merosakkan mood seharian.
Lebih teruk, ada segelintir pelanggan yang bersikap angkuh hingga sanggup memperkecilkan peniaga lebih-lebih lagi apabila keinginan mereka tidak dipenuhi.
Pelanggan WhatsApp Mahu Beli Kereta Perodua Myvi Terpakai
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi pengalamannya bekerja sebagai bekas penjual kereta terpakai yang terpaksa berhadapan dengan sikap kurang sopan pelanggan.
Menerusi perkongsian di Threads @iedaatiqa, wanita yang dikenali sebagai Ieda berkongsikan tangkap layar perbualan WhatsApp bersama seorang pelanggan yang berminat mahu membeli Perodua Myvi Advance keluaran tahun 2021.
Pada mulanya, Ieda dilihat melayan pelanggannya seperti biasa dengan menjawab soalan pelanggan tersebut dengan sopan.
Melalui perkongsian berkenaan, dapat dilihat pelanggan itu mahu membeli kereta Myvi dengan cara membuat pinjaman penuh (full loan).
Ieda kemudiannya meminta beberapa dokumen malah memaklumkan mengenai yuran pemprosesan (processing fee) dokumen kepada pelanggan itu.
Jelas Ieda, baki yuran pemprosesan hanya akan dipulangkan separuh dari jumlah asal sekiranya pinjaman tidak diluluskan memandangkan dokumen tersebut perlu dihantar kepada 13 bank yang berbeza.


Persoal Yuran Pemprosesan Yang Hanya Dipulangkan Separuh
Apa yang menjadi perhatian adalah reaksi pelanggan itu yang mempersoal baki yang dipulangkan hanya separuh.
“Ada processing fee? Bapak awak punya law? Half lagi masuk tabung asnaf?” tanya pelanggan berkenaan dengan penuh biadap.
Terkejut dengan respon pelanggan berkenaan, Ieda terus ‘mengajar’ pelanggan tersebut dan menjelaskan sebab di sebalik pembayaran yuran pemprosesan yang hanya dibayar separuh.
“Kenapa rude sangat ni dik? Dah la nak full loan. Lepas tu processing fee pun siap cakap ‘bapak awak punya law’.
“Excuse me, awak tu adik-adik sangat lagi ya. Kalau tak de duit nak bayar processing fee, tolong cari kedai lain.
“Disebabkan pelanggan macam ni lah kedai ambil duit processing fee. Dah penat-penat kedai hantar sana sini untuk submit loan. Print kertas dokumen korang banyak-banyak tu lepas tu tiba-tiba nak cancel.
“Kami tak hadap duit customer macam ni. Tolong eh lahir 2003 tapi buat perangai macam dah besar sangat,” balasnya.

Pelanggan Berlagak Gaji RM7K Siap Tawar Kerja Kepada Peniaga
Berang dengan balasan tersebut, pelanggan itu sekali lagi mempersoal tindakan Ieda yang menghantar dokumen pinjaman kepada beberapa panel serta membalas kenyataan Ieda dengan mendedahkan bahawa dia bergaji RM7,000.
Bukan itu sahaja, pelanggan tersebut seolah-olah menghina apabila menawarkan pekerjaan kepada Ieda.
“Kau tu harap je tua sejengkal? Aku adjust (beli) kereta untuk budak kerja.
“Payslip RM7,000 ma. Apsal nak pergi sana sini submit loan. Cakap pakai otak? Oh lupanya akalnya ada satu.
“Awak gaji tak cukup makan ke? Boleh apply company saya, tak payah makan duit orang cara macam ini,” kata pelanggan itu.

Jelas Ieda yang menceburi pekerjaan tersebut secara separuh masa, dia mengambil keputusan untuk berhenti melakukan kerja tersebut disebabkan tekanan kerja.
“Malam ni tiba-tiba nak share kisah handle customer ‘rude’ masa buat part time jual kereta used car.
“Tapi tak lama pon buat part time ni sebab otak jadi ‘bengong’ sebab memang kena hadap handphone setiap masa sebab customer akan mesej di marketplace dan WhatsApp kita.
“Ok back to cerita budak-budak Gen Z nak merasa beli kereta tapi terpaling gaji tinggi dan nak hina-hina seller jual kereta ni,” jelasnya di ruang kapsyen.
Ramai Geram Lihat Sikap Pelanggan Kurang Ajar Kepada Peniaga
Perkongsian yang telah mendapat lebih 21,000 tontonan nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang geram dan mengecam sebaik membaca respon pelanggan berkenaan.
Malah, rupanya ramai yang pernah mengalami situasi sama berhadapan dengan dengan sikap pelanggan sedemikian.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Kalau Tak Setuju, Buat Tak Tahu Jela, Lagi Nak Tanya Macam-Macam, Nak Provok Orang”

“Jangankan Kamu Je, Salesman Lain Pun Pernah Berhadapan Dengan Pelanggan Macam Ni”

“Rudenya Dia Punya Mesej Tu, Memang Orang Macam Ni Awal-Awal Dah Chop Red Flag, Puas Hati Tengok Reply Awak Tu”

“Beradab Sungguh! Dik, Kurang Ajar Sangat Ni Nak Pergi Mana? Berlagak Sangat Gaji RM7,000, Belum RM70k Lagi Dah Hilang Adab”

Baca Artikel Berkaitan: Siap Minta Diskaun! Jurujual Kongsi Ragam Gen Z, Gaji Bersih RM1,700 Tapi Nak Beli Honda Civic FL1 Berharga RM163K
Baca Artikel Berkaitan: Jurujual Kongsi Ragam Majoriti Anak Muda, Mahu Beli Kereta Tak Ikut Poket Sendiri Jadi Perhatian
Source:

![Tular Perodua Aruz Dipandu Secara Lawan Arus: Pemandu Rupanya Hilang Fokus Kerana Bergaduh Dengan Isteri [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)