Bekas Penyampai RTM Mariamah Tijo Meninggal Dunia Pada Usia 76 Tahun

23 Apr 2026 • 11:01 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Bekas Penyampai RTM Mariamah Tijo Meninggal Dunia Pada Usia 76 Tahun

KUALA LUMPUR – Bekas penyampai radio terkenal di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mariamah Tijo dilaporkan meninggal dunia pada usia 76 tahun awal pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira jam 5 pagi.

Menurut anak sulungnya, Muhammad Hafiez Othman, 53, arwah ibunya dibawa ke hospital berkenaan selepas mengalami sesak nafas sejak malam Selasa lalu.

“Arwah memang ada beberapa penyakit termasuk strok sejak empat tahun lepas. Tapi dua hari lalu keadaan makin teruk bila sukar bernafas, jadi kami bawa ke hospital,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jenazah Dikebumikan Sebelum Zuhur

Jenazah Allahyarham dijangka dimandikan dan disolatkan di Masjid Darul Ehsan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 sebelum waktu Zuhur.

Untuk rekod, Allahyarham sebelum ini pernah menerima sumbangan menerusi inisiatif Tabung Kasih@HAWANA pada 20 Mac 2024.

Pemergian beliau pastinya satu kehilangan besar, khususnya buat dunia penyiaran radio tanah air. – The Malaysian Update

The post Bekas Penyampai RTM Mariamah Tijo Meninggal Dunia Pada Usia 76 Tahun appeared first on The Malaysian Update.