
BEKAS juruhebah dan penyampai berita radio terkenal, Mariamah Tijo dilaporkan meninggal dunia pada Khamis.
Berita duka itu dikongsikan anaknya, Hatta Othman menerusi laman sosial Facebook.
"Ibunda saya, Hajah Mariamah binti Tijo telah pulang ke rahmatullah pada pukul 5.00 pagi tadi, Khamis 23 April 2026. Semoga rohnya dicucuri rahmat, aamiin," titipnya.
Sementara itu, Instagram Berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga memuat naik belasungkawa buat bekas juruhebah itu.
"Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas juruhebah dan penyampai berita radio, Allahyarhamah Mariamah Tijo,
"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," kongsinya.
Mariamah yang menyertai RTM pada tahun 1972 terkenal menerusi ruangan Sebutlah Yang Betul dan Nada Gurindam. Suaranya juga sinonim dengan slot berita di saluran Radio 1.
Sekadar info, Allahyarham merupakan salah seorang pengamal media yang menerima bantuan Tabung Kasih @HAWANA.


