Bekas Penyampai Radio RTM Mariamah Tijo Meninggal Dunia

23 Apr 2026 • 9:57 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bekas Penyampai Radio RTM Mariamah Tijo Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bekas penyampai radio terkenal di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mariamah Tijo meninggal dunia pada usia 76 tahun, awal pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini pada kira-kira 5 pagi.

Anak sulungnya Muhammad Hafiez Othman, 53, berkata arwah ibunya dibawa ke hospital itu selepas mengalami sesak nafas pada malam Selasa lepas.

Baca juga:

“Arwah mempunyai beberapa penyakit termasuk strok sejak empat tahun lepas, namun dimasukkan ke hospital dua hari lepas kerana sukar bernafas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Darul Ehsan SS15 Subang Jaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 sebelum zuhur.

Allahyarham pernah menerima sumbangan menerusi inisiatif Tabung Kasih@HAWANA pada 20 Mac 2024.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved