Bekas peserta program realiti disiasat kes rogol wanita 20-an

LocalEntertainment
28 Nov 2024 • 3:29 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang lelaki, bekas peserta sebuah program realiti komedi, ditahan polis bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan seorang wanita berusia 20-an.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mengesahkan tangkapan tersebut dilakukan sekitar kawasan bandar raya ini pada awal pagi Khamis.

“Suspek yang berusia lingkungan 40-an kini sedang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

“Suspek telah ditahan reman selama lima hari bermula Khamis sehingga 2 Disember depan.”

Tambahnya, kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut oleh pihak polis.

Sebelum ini, lelaki tersebut yang pernah menjadi peserta program realiti komedi turut dikenali sebagai pengacara majlis untuk beberapa acara di negeri ini.

Sumber: Sinar Harian