Bekas Peserta Program Realiti Komedi Ditahan, Disyaki Rog*l Gadis

LocalEntertainment
28 Nov 2024 • 3:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang bekas peserta sebuah program realiti komedi stesen televisyen berbayar tempatan telah ditahan oleh pihak polis kerana dipercayai merogol seorang gadis berusia 20-an di sekitar daerah Johor Bahru pagi tadi.

Menurut Kosmo, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan penangkapan itu.

image is not available

Difahamkan, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di sekitar bandar raya ini, awal pagi tadi.

Suspek telah dikenakan reman selama lima hari bermula hari ini hingga 2 Disember depan. Polis sedang menjalankan siasatan terhadap kes ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru.

image is not available 2 days ago

Anak Seorang Penyanyi Tempatan Antara Enam Individu Yang Ditahan Disyaki Curi Ferrari