Pelawak ditahan, disyaki perkosa gadis berusia 20-an di Johor Bahru

LocalEntertainment
28 Nov 2024 • 3:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang pelawak ditahan bagi membantu siasatan berrkaitan kes perkosa (rogol) wanita berusia 20-an, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahka penangkapan pelawak yang juga bekas peserta program realiti komedi sebuah stesen televisyen berbayar di sekitar daerah Johor Bahru, pagi Khamis.

image is not available

Pelawak ditahan, disyaki rogol

Menurut beliau, suspek berusia lingkungan 40-an akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Kes dalam siasatan dan suspek ditahan reman selama lima hari mulai Khamis sehingga 2 Disember depan,” katanya ketika dihubungi.

image is not available

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Muhammad Fitri Mokhtar.

Sebelum ini, bekas peserta program realiti komedi tersebut pernah terlibat dalam beberapa program di negeri ini sebagai pengacara majlis.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)