Bekas siak, ibu 8 anak didenda cuba berzina di bilik jenazah

13 Aug 2026 • 4:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bekas siak, ibu 8 anak didenda cuba berzina di bilik jenazah

MELAKA – Seorang bekas siak masjid dan wanita berstatus isteri orang masing-masing didenda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka hari ini selepas mengaku bersalah cuba melakukan persetubuhan haram di bilik pengurusan jenazah sebuah masjid.

Mohd. Rafi Abu Samah, 48, yang merupakan duda empat anak dan Norhaslinda Hashim, 51, ibu kepada lapan anak, turut diperintahkan menjalani hukuman penjara 18 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, Mawardi Che Man menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua tertuduh membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa cuba melakukan persetubuhan haram antara satu sama lain sedangkan bukan pasangan suami isteri yang sah di sisi syarak antara 1 hingga 30 April lalu, dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari di bilik pengurusan jenazah sebuah masjid di Kampung Bukit Piatu dan didakwa mengikut Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

“Kes ini berat, nasib baik tak jadi jenazah semasa melakukan persetubuhan secara haram, kalau tidak terus dimandikan di situ,” kata Mawardi.

Menurutnya, pertuduhan hanya melibatkan percubaan melakukan persetubuhan haram kerana tiada kenyataan atau saksi yang jelas dan kes itu bersandarkan pengakuan kedua-dua tertuduh. – KOSMO! ONLINE

The post Bekas siak, ibu 8 anak didenda cuba berzina di bilik jenazah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved