“Nasib baik tak jadi jenazah” – Bekas Siak & ‘Cleaner’ Masjid Mengaku Salah Cuba Berzina Di Bilik Jenazah

13 Aug 2026 • 5:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

siak masjid cleaner zina bilik jenazah

Bekas siak masjid dan seorang wanita berstatus isteri orang dijatuhi hukuman denda RM5,000 setiap seorang selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuba melakukan persetubuhan haram.

Perbuatan terlarang itu dilakukan di bilik pengurusan jenazah sebuah masjid di Bukit Piatu, Melaka pada Jun lalu.

Kejadian itu mendapat teguran daripada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, Mawardi Che Man. Beliau secara tegas mengingatkan kedua-dua tertuduh tentang kesucian tempat berkenaan.

“Nasib baik tidak jadi jenazah semasa melakukan perbuatan itu, kalau tidak terus dimandikan di situ.

“Di sinilah tempat penyucian akhir orang yang mati. Tetapi apa yang berlaku di tempat kejadian ini mendatangkan dosa besar kerana persetubuhan haram dilakukan di tempat berkenaan” katanya.

Berlaku secara sukarela & berulang kali

Mengikut fakta kes, tertuduh lelaki berusia 48 tahun dan wanita berusia 51 tahun itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan berulang kali antara Januari hingga April 2026.

Mereka ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada 4 Jun susulan laporan polis yang diterima. Walaupun pada awalnya ada dakwaan berkaitan rogol, hasil siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan secara sukarela.

Difahamkan, tertuduh lelaki seorang duda mempunyai empat anak dan bekerja sebagai siak dengan pendapatan daripada elaun sebagai ahli jawatankuasa masjid.

Manakala, wanita tersebut pula yang sudah berkahwin hampir 29 tahun dan mempunyai lapan anak bekerja sebagai sukarelawan pembersihan di masjid berkenaan.

Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 setiap seorang mengikut Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991, atau penjara 18 bulan sekiranya mereka gagal membayar denda berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved