“Nasib Baik Tak Jadi Jenazah” – Bekas Siak, Isteri Orang Mengaku Salah Berulang Kali Berzina Dalam Bilik Jenazah

13 Aug 2026 • 5:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang bekas siak masjid dan wanita berstatus isteri orang didenda RM5,000 setiap seorang selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuba melakukan persetubuhan haram di bilik pengurusan jenazah sebuah masjid di Bukit Piatu, Melaka.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, Mawardi Che Man ketika menegur kedua-dua tertuduh menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai serius, lebih-lebih lagi kerana ia dilakukan di kawasan masjid.

Advertisement

siak bini orang

“Nasib baik tidak jadi jenazah semasa melakukan perbuatan itu, kalau tidak terus dimandikan di situ.”

Tertuduh lelaki berusia 48 tahun dan wanita berusia 51 tahun itu mengaku bersalah sebelum masing-masing dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau penjara 18 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Didakwa berlaku berulang kali dalam bilik pengurusan jenazah

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya didakwa cuba melakukan persetubuhan haram dengan individu yang bukan suami atau isteri sah di sisi hukum syarak.

Kesalahan itu didakwa berlaku antara jam 8 pagi hingga 12 tengah hari dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

Berdasarkan fakta kes, perbuatan berkenaan didakwa berlaku berulang kali di bilik pengurusan jenazah masjid tersebut antara Januari hingga April 2026.

Kedua-duanya kemudian ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada 4 Jun lalu selepas satu laporan polis diterima berkaitan dakwaan rogol.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati perbuatan itu dipercayai dilakukan secara sukarela dan berulang kali.

“Di sinilah tempat penyucian akhir orang yang mati”

Dalam tegurannya, Mawardi menekankan keseriusan perbuatan tersebut kerana lokasi kejadian mempunyai fungsi khusus untuk menguruskan jenazah umat Islam.

“Di sinilah tempat penyucian akhir orang yang mati. Tetapi apa yang berlaku di tempat kejadian ini mendatangkan dosa besar kerana persetubuhan haram dilakukan di tempat berkenaan.”

Menurut beliau, perkara itu lebih mengecewakan apabila tertuduh lelaki merupakan bekas siak yang bertanggungjawab membantu persiapan jenazah.

Tertuduh wanita pula merupakan sukarelawan yang membantu kerja pembersihan masjid di bawah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Mahkamah berpandangan perbuatan tersebut bukan sahaja melanggar hukum syarak, malah mencemarkan amanah yang diberikan kepada individu yang sepatutnya menjaga kesucian rumah ibadat.

Peguam mohon tidak dipenjarakan

Pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Melaka, Wan Mahyuddin Wan Muhammad bersama Pendakwa Syarie Radzwan Abdullah yang memohon hukuman setimpal mengambil kira keseriusan kesalahan, lokasi kejadian dan kedudukan kedua-dua tertuduh sebagai petugas masjid.

Sementara itu, peguam syarie daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri memohon supaya kedua-dua tertuduh tidak dikenakan hukuman penjara.

Mahkamah akhirnya menjatuhkan denda RM5,000 terhadap setiap tertuduh atau penjara selama 18 bulan sekiranya gagal membayar denda. – HARIAN METRO

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tikam2026-08-13 16:25:24

Berdepan Hukuman Mat*, Pelajar Tikam Rakan Sehingga Maut Mohon Maaf Atas Apa Yang Berlaku - Peguam

The post “Nasib Baik Tak Jadi Jenazah” – Bekas Siak, Isteri Orang Mengaku Salah Berulang Kali Berzina Dalam Bilik Jenazah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved