Bekas Suami Curang & Tak Bertanggungjawab, Aktres Popular Sanggup Jadi Pemandu Teksi Demi Besarkan Anak

LocalFamily & Parenting
27 May 2025 • 3:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon wanita dari Korea Selatan, Jung Ga Eun meraih perhatian selepas mendedahkan kini memulakan kerjaya sebagai pemandu teksi.

Berdasarkan video yang dikongsi di Youtube, aktres itu berkata dia berbuat begitu untuk membesarkan anaknya selepas berdepan dengan masalah kewangan dan dicurangi suami.

Segalanya masih belum pasti tapi membesarkan anak saya menjadikan saya lebih kuat.

Tambahnya, peluang lakonan semakin berkurang jadi dia memilih untuk menjadi pemandu teksi seperti bapanya dan berniat mahu menjadikan lelaki itu sebagai penumpang pertama selepas mendapat lesen.

Kata Jung, ketika dia kecil bapanya menyara kehidupan mereka sekeluarga dengan memperoleh pendapatan sebagai seorang pemandu teksi.

Ayah saya baru sahaja menjalani pembedahan kanser esofagus dan keadaannya kurang sihat. Saya ingin menjemput beliau sebagai penumpang pertama saya selepas lulus peperiksaan lesen.

Image from: Bekas Suami Curang & Tak Bertanggungjawab, Aktres Popular Sanggup Jadi Pemandu Teksi Demi Besarkan Anak

Kredit: Must Share News

Untuk rekod, Jung mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

Bagaimanapun, pasangan itu mengumumkan perceraian pada 2018 hanya selepas dua tahun mendirikan rumah tangga dan suaminya dikatakan terlibat dalam lebih 600 kes penipuan menggunakan namanya dan dipercayai telah menyebabkan kerugian sebanyak 13.2 bilion KRW (RM44 juta).

Selepas perceraian mereka, bekas suami Jung dikhabarkan tidak membayar nafkah malah kini menghilang dipercayai berada di luar negara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

Dah Enam Tahun Bercerai, Betty Benafe Masih Derita Tanggung Hutang Bekas Suami