‘TikToker’ Masakkan Bekal Ke Tempat Kerja Setiap Hari Tapi Suami Tetap Curang – “Ayat Ikat Suami Dengan Air Tangan Dah Tak Boleh Pakai”

26 May 2025 • 4:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kata orang, nak jaga suami kenalah jaga perut dia. Nampaknya kata-kata ini sudah tidak lagi relevan kerana ada juga wanita yang sudah berhempas pulas di dapur untuk masak juadah buat suami tetapi tetap dicurangi.

Seperti seorang pencipta kandungan ini yang tular selepas orang ramai bersimpati terhadapnya apabila mendapat tahu dia dicurangi.

Apa yang menjadi bualan ramai adalah kerana wanita tersebut sering membuat konten memasak untuk bekal suami ke tempat kerja.

Dah dapat isteri yang ok, tutup aurat, rajin, pandai urus anak, pandai masak. Tapi tengoklah sekarang, curang juga.

image is not available

 

Berdasarkan tangkap layar dikongsikan, wanita bernama Suri itu telah membuat hantaran di TikTok memaparkan ruang di rumahnya yang kini hampir kosong.

Malah, ibu kepada tiga orang anak itu juga turut menukar nama akun kepada ‘Suri Disondol Penyondol’ selain turut menulis bahawa tiada lagi ‘husbento’ selepas ini.

Ramai netizen meninggalkan komen semangat kepada Suri dan anak-anak selain turut mendoakan semoga semua urusan mereka di hari mendatang dipermudah.

Dalam pada itu, ramai meluahkan rasa berang dan mengkritik lelaki yang tidak menghargai pengorbanan isteri yang sanggup susah senang bersama. Ada yang berkata, ayat ‘ikat suami dengan air tangan isteri’ sudah tidak boleh pakai kerana curang itu adalah pilihan individu.

image is not available 5 days ago

Bella Astillah Simpati Dengan Kes Rumah Tangga Di Media Sosial, Nasihat Untuk Sentiasa Jujur - "Curang Itu Pilihan Bukan Takdir"