
Kemelut rumah tangga influencer Cik Pia bersama bekas suaminya Boss Kay dilihat masih belum berpenghujung, bahkan ia semakin menjadi-jadi.
Terkini, mereka berdua dilihat ‘bergaduh besar’ apabila tular satu video Cik Pia ambush Boss Kay sambil membuat live. Dalam masa yang sama Boss Kay yang duduk di dalam kereta juga membuat live menunjukkan situasi kejadian.
“Haa guys, kau tengok sini perangai, memang psiko, aku cakap terus terang, aku tak nak jumpa sebab dia buat video kau tengok, kau tengok dia nak buat apa, dia mesti nak buat live, haaa, ye dia mesti nak buat live.”
Keratan video itu adalah sesi live yang dibuat oleh Boss Kay dan dikongsikan semula oleh netizen, dalam video berdurasi 23 saat itu, kelihatan Cik Pia berada di luar kereta sambil memegang telefonnya sementara Boss Kay membuat penjelasan kepada pengikutnya.


Walaubagaimanapun, untuk belah Cik Pia pula, dia ada sebab kenapa bertindak sedemikian, difahamkan, Cik Pia mahu menyerahkan surat mahkamah kepadanya.
@norsufiiajohari wartawan terjah, bakal JANDA terjah KLU tak salah knp lari..Sye nk mintak kerjasama awk je untuk amek surat mahkamah..#fypシ゚viral #trending #fypシ #cikpia #viral #fypage #tiktok #fypp #sahabatbosskay #norsufiajohari
Difahamkan kejadian ini berlaku di sebuah pusat perniagaan, selepas menggelar bekas isteri keduanya itu sebagai wanita psiko, Boss Kay terus berlalu pergi meninggalkan Cik Pia yang masih lagi live di tempat kejadian.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


