
KIULU: Bekas Ketua Biro Bilik Berita dan Hal Ehwal Semasa (NCA) TV3 Sabah, Media Prima Berhad (MPB), Elphege Godomon, meninggal dunia 5.30 pagi tadi pada usia 53 tahun di kediaman keluarganya di Kampung Kionsom Lama, Kilometer 2.5, di sini.
Perkara itu dimaklumkan abang mendiang, Ben Godomon di media sosial.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Dengan penuh dukacita, saya memaklumkan bahawa adik saya, Elphege Godomon, telah meninggal dunia pada sekitar 5.30 pagi hari ini, 24 Disember 2024, di rumah keluarga di Kampung Kionsom Lama, Kilometer 2.5, Jalan Kiulu.
“Jenazah mendiang sedang diurus oleh kami sekeluarga dan akan kami umumkan urusan selanjutnya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Marilah sama-sama berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.
Mendiang sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di Hospital akibat serangan jantung dan strok.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Elphege telah berkhidmat di Bilik Berita dan Hal Ehwal Semasa TV3 Sabah selama 24 tahun sejak 1994 dan jawatan terakhir sebagai Ketua Biro Sabah pada 2018.
Mendiang juga merupakan pemenang pelbagai anugerah kewartawanan menerusi beberapa siri laporan khas di Sabah termasuk Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas dan Kinabalu Shell Press Award.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Seluruh warga MPB mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Elphege Godomon.


