Pempengaruh Media Sosial, Man Kulim Meninggal Dunia

LocalEntertainment
24 Dec 2024 • 7:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pempengaruh Media Sosial, Man Kulim Meninggal Dunia

Pempengaruh media sosial, Man Kulim, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini.

Berita sedih ini disampaikan melalui hantaran yang dimuat naik oleh Abu Mamu di laman Facebook.

Menurut hantaran tersebut, Allahyarham yang terkenal sebagai “food reviewer”, menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5 petang tadi.

“Sama-sama kita doakan, semoga Allah permudahkan urusan dia,” tulis hantaran tersebut.

Bagaimanapun, punca pemergian Allahyarham tidak dimaklumkan kepada orang ramai.

https://www.facebook.com/Abumamu88/posts/pfbid0Hc4TqJs2LUF8J8KAFK2i5LCYEvATmbKnPjzMQj7s8QSdEPw9bCPPt8ovxgstdhrTl

Berita pemergian Man Kulim ini telah mengejutkan ramai pihak, khususnya di kalangan pengikutnya di media sosial.

Selain itu, ia turut mengundang pelbagai reaksi di ruangan komen hantaran yang dimuat naik oleh Abu Mamu.

“Allahuakbar… baru tengok video mamu bergurau dengan Man Kulim pasal bila terakhir masuk hospital. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,”

“Salam takziah buat keluarga arwah. Tagline ‘pening’ dalam kenangan. Terkejut dengan pemergian arwah. Alfatihah,”