
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak belakangan ini dapat dilihat beberapa individu termasuk selebriti beragama Islam secara terbuka berkongsi gambar bersama haiwan peliharaan seperti anjing di media sosial.
Antara yang paling menjadi perhatian adalah perkongsian usahawan yang juga pempengaruh membela anjing jenis K9 bagi tujuan penjagaan keselamatan di ladang.
Namun perkongsiannya itu nyata mendapat perhatian hingga ada yang menegur tindakannya termasuk pakar kesihatan dan motivasi, Dr Zubaidi Haji Ahmad kerana mempamerkan aksi bersama haiwan itu.
Dr Zubaidi berpendapat ia tidak sepatutnya dikongsikan secara terbuka malah mudah menjadi fitnah dan ikutan buat mereka yang kurang ilmu.
Saya nak tegur sikit. Nak bela anjing untuk tujuan keselamatan, seperti unit K9, tiada masalah dari sudut keperluan….
Posted by Dr Zubaidi Hj Ahmad on Friday 25 July 2025
Boleh Bela Anjing Untuk Tujuan Tertentu
Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, haiwan seperti anjing dibolehkan untuk dibela atas tujuan dan keperluan yang dibenarkan syarak.
Antara tujuan yang diharuskan syarak adalah seperti:
- memburu
- menjaga binatang ternakan
- menjaga kebun tanaman
Haram Jika Bela Tanpa Keperluan Syarak
Namun, ia boleh menjadi haram jika membela haiwan tersebut tanpa sebarang keperluan.
Malah, pahala seorang muslim itu boleh berkurang sebanyak dua qirath iaitu sebesar Bukit Uhud setiap hari jika membela haiwan tersebut tanpa tujuan yang dibenarkan syarak.
Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW:
مَنِ اقْتَنَى كَلْبًا لَيْسَ بِكَلْبِ صَيْدٍ، وَلَا مَاشِيَةٍ وَلَا أرْضٍ، فَإنَّهُ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِهِ قِيرَاطَانِ كُلَّ يَوْمٍ
Maksudnya: Sesiapa yang memelihara anjing bukan untuk tujuan pemburuan, sebagai penjaga binatang ternakan atau penjaga kebun, maka pahalanya akan berkurang sebanyak dua qirath pada setiap hari.
(Riwayat Muslim)
Perbuatan Pamer Anjing Di Media Sosial Tidak Boleh Diterima, Boleh Undang Fitnah
Jelas laman itu lagi, anjing dikategorikan sebagai kumpulan najis mughallazah mengikut mazhab al-Syafie iaitu najis yang berat dalam Islam.
Oleh kerana itulah masyarakat Islam di Malaysia amat sensitif dengan anjing terutama dari sudut hukum berkenaan.
Laman itu berpendapat, setiap individu perlu menghormati sensitiviti agama dan tidak menimbulkan perbuatan provokatif yang boleh menganggu keharmonian.
“Namun begitu, perbuatan mempamerkan dengan bangga menyentuh anjing adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima kerana menimbulkan fitnah kepada diri, negara dan masyarakat.
“Lebih-lebih lagi di negara Malaysia yang berpegang kepada mazhab al-Syafie yang berpandangan bahawa anjing termasuk daripada haiwan najis mughallazah.
“Selain itu, masyarakat Islam di Malaysia juga agak sensitif terhadap anjing dari sudut hukum kenajisannya tersebut.
“Oleh yang demikian, setiap individu perlu menghormati sensitiviti agama dan tidak menimbulkan perbuatan provokatif yang menganggu keharmonian,” terang laman itu lagi.
Malah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi satu hantaran di Facebook turut memberikan pendapat sama.
“Tapi bila kita pamerkan benda yang dianggap najis dalam budaya dan hukum fiqh masyarakat kita, ia boleh timbulkan fitnah & kekeliruan. Cuma kerana najis tu nampak ‘comel’, seolah-olah kita lupa part ‘kenajisan’ dia.
“Islam juga ajar kita supaya jaga perasaan dan sensitiviti masyarakat, lebih-lebih lagi dalam perkara yang bukan keperluan pun,” tulis JAKIM.
NOTA FIQH : SENTUH ANJING? BANGGA PULAK TU.. Kita tahu kat media sosial sekarang macam-macam trend pelik muncul. Salah…
Posted by Bahagian Dakwah, Jakim on Tuesday 29 July 2025
Baca Artikel Berkaitan: Teruk Dikecam Isu Bela Anjing, Julia Farhana Tampil Beri Penjelasan
Baca Artikel Berkaitan: Aksi Sharifah Sakinah Menari Sambil Dukung Anjing Undang Perhatian [Video]
Source:




