Belajar Dari YouTube, Pasangan Suami Isteri Kantoi Tanam Pokok Ganj* Dalam Kondominium Di Bangsar

LocalPolitics
10 Nov 2025 • 1:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Sepasang suami isteri tempatan kini berdepan dengan hukuman berat selepas kantoi menanam pokok ganja di unit kondominium sewaan mereka di Bangsar, Kuala Lumpur.

Menurut laporan China Press, pasangan tersebut ditahan oleh polis pada 6 November lalu sekitar jam 11.30 malam, hasil serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur.

Advertisement

image is not available

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook, mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan bahawa polis menemui dua pokok ganja serta 27 gram daun kering disyaki ganja, dengan nilai keseluruhan dianggarkan sekitar RM1,210.

Turut dirampas dua telefon bimbit dan beberapa barangan kemas termasuk tiga rantai leher, empat loket, dan dua cincin.

image is not available

Lebih mengejutkan, salah seorang suspek mengaku bahawa dia belajar menanam pokok ganja melalui video di YouTube dan telah mula menanamnya sejak tujuh minggu lalu.

“Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti sumber pokok ganja yang ditanam serta menentukan sama ada pasangan tersebut menanamnya untuk kegunaan sendiri atau untuk tujuan penjualan,” ujar ACP Hoo.

Hasil ujian air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah dan mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah, manakala pasangannya tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Jika disabitkan kesalahan, pasangan itu berdepan hukuman penjara seumur hidup serta sebatan di bawah undang-undang sedia ada.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-11-07 16:23:39

Model Rusia Buat Laporan Polis Terhadap Pempengaruh 'Chepoh'

The post Belajar Dari YouTube, Pasangan Suami Isteri Kantoi Tanam Pokok Ganj* Dalam Kondominium Di Bangsar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.