Belanda keluar dari Budapest dengan satu mata

FootballSports
12 Oct 2024 • 11:01 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dumfries

BINTANG kelab Serie A Itali, Denzel Dumfries memastikan Belanda keluar dari Budapest dengan satu mata selepas mengikat Hungary 1-1 dalam perlawanan Kumpulan A Liga Negara-Negara di Puskas Arena Park.

Hungary sebelum itu mendahului pada minit ke-32 selepas Tijjani Reijnders yang kehilangan penguasaan bola dimanfaatkan Zsolt Nagy dengan sentuhan yang disudahkan Roland Sallai.

Belanda mempunyai lebih 80 peratus penguasaan bola pada separuh masa pertama tetapi tidak mencipta banyak peluang, walaupun Cody Gakpo memaksa penjaga gol Hungary, Denes Dibusz beraksi pada tahap luar biasa.

Ketinggalan satu gol, Belanda mula mempamerkan kebangkitan, namun dikecewakan penyudah tumpul sebelum kapten Virgil van Dijk menerima arahan meninggalkan padang minit ke-79 selepas dilayangkan kad kuning kedua.

Hungary yang mengharapkan kemenangan pertama ke atas Belanda dalam tempoh 40 tahun, akhir akur sepakan percuma Gakpo disudahkan Dumfries minit ke-83.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved