Belanjawan 2026: Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak

LocalPolitics
10 Oct 2025 • 5:57 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Belanjawan 2026: Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak

image is not available

10/10/2025 - 17:57

Oleh HAMDEN RAMLI

KUALA LUMPUR 10 Okt - Kerajaan hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Bantuan Khas Kewangan turut diberikan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak RM250.

Katanya, bantuan ini akan disalurkan pada awal Mac 2026 sempena menyambut Aidilfitri.

"Mengambil kira peningkatan gaji 2026 yang melibatkan penambahan RM18 bilion, disusuli pemberian STR dan SARA bulanan, saya dengan ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak," katanya.

Beliau berkata demikan semasa membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen hari ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju menyalurkan sumbangan khas RM500 bagi menghargai khidmat 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut dengan peruntukan RM35 juta. - DagangNews.com

featured standard