Belanjawan 2026: Bantuan SARA RM100 fasa kedua akan diagihkan sekitar Februari 2026

LocalPolitics
10 Oct 2025 • 12:49 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kerajaan akan sekali lagi memberikan bantuan tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa di Malaysia di bawah inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2026 di Parlimen hari ini.

@soyacincautiktok

Dalam video ni, saya nak tunjuk cara beli barangan SARA yang kita akan dapat pada 31 Ogos 2025 ni #soyacincautiktok #mysara #sumbanganasasrahmah #claim #rm100

♬ original sound – SoyaCincautiktok – SoyaCincautiktok

Menurut Perdana Menteri, pusingan kedua bantuan tunai RM100 SARA ini dijangka disalurkan sekitar pertengahan Februari 2026. Ini bermakna, bantuan tersebut akan diagihkan kepada semua rakyat dewasa Malaysia bertepatan dengan bulan Ramadan dan sambutan Tahun Baharu Cina tahun hadapan.

Fasa pertama bantuan tunai RM100 SARA telah dilancarkan pada 31 Ogos 2025. Menurut Perdana Menteri, lebih 70% daripada peruntukan untuk bantuan tersebut telah digunakan, manakala baki yang tidak digunakan akan disalurkan semula ke program bantuan lain.

Di bawah Belanjawan 2026, kerajaan memperuntukkan RM15 bilion bagi pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmat (STR) dan Sumbangan Asas Rahmat (SARA) tahun 2026, yang turut merangkumi pusingan kedua pemberian tunai RM100 untuk semua rakyat dewasa Malaysia.