Belanjawan 2027: Ambang bankrap dinaikkan kepada RM150,000 dan Dasar Peluang Kedua diperluas

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 4:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Belanjawan 2027: Ambang bankrap dinaikkan kepada RM150,000 dan Dasar Peluang Kedua diperluas Image from: Belanjawan 2027: Ambang bankrap dinaikkan kepada RM150,000 dan Dasar Peluang Kedua diperluas amree09/10/2026 - 16:10 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 9 Okt — Kerajaan akan menaikkan ambang kebankrapan daripada RM100,000 kepada RM150,000 mulai 2027 bagi membantu rakyat yang berdepan masalah kewangan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Beliau yang juga Menteri Kewangan mengumukan perkara tersebut ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

 

Menurutnya, sejak 2023, kerajaan sudah membantu lebih 250,000 rakyat untuk keluar daripada belenggu kebankrapan.

 

"Dalam usaha kerajaan mempercepat proses pembebasan individu yang bankrap, Jabatan Insolvensi Malaysia turut memperluas Dasar Peluang Kedua Prihatin," jelas Anwar.

 

Ini termasuk kepada penjaga utama ahli keluarga orang kurang upaya (OKU), pesakit kronik, warga emas, pekerja gig serta individu berpendapatan tidak tetap.

 

Selain itu, mekanisme pelepasan automatik seawal tiga tahun di bawah Seksyen 33C Akta Insolvensi akan terus diperkasa bagi mempercepat pembebasan individu bankrap yang memenuhi syarat ditetapkan.

 

Langkah berkenaan merupakan antara inisiatif Belanjawan 2027 untuk memperluas peluang kedua kepada individu yang berdepan kesulitan kewangan, sekali gus membantu mereka kembali menyertai aktiviti ekonomi negara. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved