Belanjawan 2027 cecah RM510 bilion, paling tinggi dalam sejarah

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 6:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan 2027 cecah RM510 bilion, paling tinggi dalam sejarah

KUALA LUMPUR – Kerajaan meneruskan dasar fiskal menerusi  Belanjawan Madani Kelima dengan peruntukan keseluruhan melonjak kepada RM510 bilion berbanding RM470 bilion sebelum ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM376.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus Persekutuan, manakala RM83 bilion lagi diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan Persekutuan.

“Bagi mengukuhkan momentum pelaburan domestik, peruntukan turut disokong oleh pelaburan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) sebanyak RM25 bilion, pelaburan awam-swasta bernilai RM11 bilion serta RM14.2 bilion daripada pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Mengulas kedudukan kewangan negara, katanya, kedudukan hasil persekutuan tahun ini menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila diunjur lebih tinggi mencapai RM363.6 bilion berbanding anggaran asal RM343.1 bilion.

“Bagi tahun hadapan hasil Kerajaan dijangka terus meningkat kukuh kepada RM380.8 bilion,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Belanjawan 2027 cecah RM510 bilion, paling tinggi dalam sejarah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved