Apa Yang Rakyat Dapat? Ini Inti Pati Belanjawan 2027

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 9:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Apa Yang Rakyat Dapat? Ini Inti Pati Belanjawan 2027

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2027 di Parlimen pada Jumaat.

Menerusi belanjawan tersebut, beliau telah mengumumkan mengenai pelbagai insentif dan inisiatif untuk semua rakyat Malaysia.

Untuk pengetahuan, kerajaan memperuntukkan lebih RM80 bilion untuk subsidi, bantuan dan insentif tahun depan termasuk subsidi bahan api yang dijangka kekal tinggi pada RM40 bilion dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat hampir RM3.3 bilion.

Berikut inti pati Belanjawan 2027 yang perlu anda tahu:

  • Peruntukan STR SARA 2027 ditingkatkan kepada RM16 bilion

  • Semua penerima STR akan menerima SARA sehingga RM150 sebulan hingga RM1,800 setahun. Seramai 9 juta penerima mendapat manfaat.

  • SARA one-off RM100 kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas sebanyak dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang Merdeka.

  • Kerajaan bersetuju penggunaan SARA bagi barangan basah dan segar, yang boleh dibeli di 216 pasar tani atau tamu di bawah FAMA seluruh negara.

  • Kerajaan tambah 10,000 kedai runcit kecil sebagai rakan niaga SARA sebelum akhir tahun, ketika ini terdapat 15,000 premis termasuk 6,800 kedai runcit kecil dan koperasi.

  • Peruntukan jualan RAHMAH MADANI dan jualan Agro MADANI ditingkat daripada RM630 juta kepada RM750 juta dengan sasaran 35,000 penganjuran.

  • 30,000 Jualan Rahmah akan diadakan di semua Dewan Undangan Negeri (DUN), Jualan RAHMAH MADANI Borong turut dianjurkan bantu peniaga kecil.

  • 5,000 Jualan Agro MADANI dilaksanakan tahun depan, tawar harga sehingga 30 peratus lebih murah.

  • RM250 juta untuk pengedaran barangan asas ke kawasan pedesaan dan pedalaman.

  • Had pelepasan cukai individu dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000.

  • Pelepasan cukai individu diperluas termasuk perkhidmatan penjagaan selepas bersalin dan tuisyen anak.

  • Kadar gaji minimum dinaikkan daripada RM1,700 kepada RM2,000 berkuat kuasa mulai Jun 2027.

  • Kerajaan dan Grab setuju membiayai pakej bernilai RM160 juta untuk tingkat pendapatan bersih, tambah baik kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing bermula 2027.

  • Kerajaan tawar insentif caruman padanan Perkeso sebanyak 35 peratus kepada pekerja e-hailing dan p-hailing

  • Kerajaan tawar insentif caruman padanan Perkeso sebanyak 70 peratus kepada lebih 200,000 orang bekerja sendiri.

  • Pelepasan tambahan diberikan sehingga RM150 bagi caruman sukarela Skim Lindung 24 jam dan lindung kendiri.

  • Kerajaan tawar caruman padanan KWSP sehingga RM600 setahun atau RM6,000 seumur hidup kepada pemandu e-hailing dan p-hailing.

  • BSN dan Agrobank sedia RM270 juta bagi membiayai pekerja gig yang mahu berniaga dan membeli rumah pertama.

  • Setiap warganegara akan didaftarkan secara automatik sebagai ahli KWSP apabila mencapai usia 18 tahun, perkukuh perlindungan sosial.

  • RM100 juta disediakan untuk membangunkan kolam takungan dan menyelenggara sungai bagi mengurangkan risiko banjir di Lembah Klang.

  • Kerajaan akan memulakan perencanaan Projek Empangan Lebir sebagai penyelesaian jangka panjang isu banjir dan air bersih di Kelantan.

  • Sistem Transit Aliran Autonomi Bertingkat (e-ART) dilaksanakan bagi atasi kesesakan lalu lintas di Johor Bahru.

  • Sabah terima peruntukan RM18.7 bilion, Sarawak terima RM16.2 bilion.

  • 4,200 anak Sabah dan Sarawak dapat peluang melanjutkan pengajian ke menara gading setiap tahun.

  • RM3.3 bilion untuk projek jalan raya di Sabah dan Sarawak.

  • RM350 juta belanja penyelenggaraan jalan Persekutuan dikhususkan kepada kontraktor G1-G4 di Sabah dan Sarawak.

  • Pemuliharaan Menara Dayabumi, Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat KTMB diberi tumpuan.

  • Duti hiburan dikecualikan bagi aktiviti kesenian, kebudayaan, hiburan serta sukan di Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

  • DBKL sediakan RM400 juta untuk mewujudkan 48.56 hektar kawasan hijau baharu, memulih taman-taman sedia ada dan naik taraf kemudahan serta perumahan rakyat.

  • Tanah pajakan seluas 40 hektar di Bukit Kiara akan diwartakan sebagai Taman Persekutuan untuk kegunaan awam.

  • DBKL akan bina laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 22 kilometer, hubungkan Masjid Negara, Dataran Merdeka dan Pasar Seni.

  • Peruntukan bagi projek jalan desa ditingkatkan kepada RM2.3 bilion, berbanding RM1.3 bilion pada 2022.

  • RM3.3 bilion untuk projek prasarana asas desa termasuk pemasangan lampu jalan kampung, kemudahan komuniti serta bekalan air bersih dan elektrik.

  • Projek JENDELA perkukuh ketersambungan Internet negara dengan pelaburan RM5 bilion, semua kampus Universiti Awam dilengkapi Wi-Fi, 4g di semua penempatan felda.

  • Sasaran tahun depan semua kampung Orang Asli dilengkapi liputan 4g, ketercapaian Internet di 7,000 kilometer jalan raya dan 1,700 kilometer rel kereta api; serta pelaksanaan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM).

  • Bandar MADANI Bukit Jalil akan dibangunkan sebagai kawasan kediaman rakyat, pendaftaran fasa 1 dibuka mulai Isnin ini.

  • Hampir RM1 bilion disediakan untuk projek seperti Rumah Mesra Rakyat dan Program Residensi Rakyat.

  • Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sedia jaminan pembiayaan perumahan sehingga RM20 bilion, bantu 80,000 pembeli rumah pertama.

  • Kerajaan bercadang beri pengecualian penuh duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik bagi rumah pertama berharga sehingga RM500,000.

  • Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI memanfaat hampir 500 kampung dan 1,700 sekolah sejak 2024.

  • Kerajaan akan melaksanakan Komuniti Angkat MADANI dengan peruntukan RM50 juta, tumpuan bantu komuniti PPR bandar.

  • RM100 juta bagi pembaikan prasarana Kampung Baru Cina, RM80 juta untuk penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam berdaftar.

  • Yayasan GLIC GLC sedia geran padanan RM100 juta untuk perkasa ekosistem penjagaan kanak-kanak, sedia latihan kepada 6,000 pengasuh di lebih 50 kawasan baharu di sembilan negeri.

  • Peruntukan projek kecil kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ditingkatkan kepada hampir RM700 juta meliputi naik taraf taman, tandas dan gerai awam.

  • Potongan sewa 50 peratus sepanjang 2027 kepada lebih 10,000 peniaga kecil yang menyewa premis DBKL, kadar serendah RM400 bagi bazaar pada musim perayaan.

  • Baca juga:
    • 20 hektar tanah di Kuala Lumpur diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu, Petronas kini mulakan pembangunan empat hektar bagi Perumahan Mampu Milik.

    • Kerajaan sediakan tanah strategik seluas 20 hektar di sekitar Kuala Lumpur bernilai RM1 bilion sebagai endowmen baharu kepada Yayasan Pelaburan Bumiputera.

    • Tanah kerajaan hampir 4.5 hektar di Belfield, Kuala Lumpur dibangunkan, bina sekurang-kurangnya 2,500 unit Rumah MADANI, 70 peratus khusus untuk bumiputera.

    • Geran padanan sehingga RM5,000 kepada syarikat PMKS yang mahu mendapatkan sijil halal kali pertama.

    • Ahli KWSP pilih Simpanan Shariah boleh bayar zakat terus daripada dividen.

  • Mulai 1 Januari, kadar cukai perkhidmatan jagaan warga emas diturunkan kepada enam peratus, pengecualian penuh bagi yuran jagaan sehingga RM96,000 setahun.

  • Lebih RM40 juta disediakan melalui HRD Corp untuk melatih 8,000 tenaga kerja dalam sektor penjagaan warga emas.

  • Bantuan warga emas ditingkatkan kepada RM1.3 bilion, manfaatkan hampir 200,000 penerima

  • Ahli KWSP yang mencapai usia 55 dan 60 tahun boleh memilih skim i-Emas untuk terima pengeluaran bulanan, supaya baki simpanan terus menjana dividen.

  • Peruntukan keseluruhan bagi bantuan OKU meningkat kepada RM1.5 bilion, manfaatkan lebih 300,000 OKU.

  • Kadar bantuan penjagaan OKU terlantar dan pesakit kronik ditingkatkan daripada RM500 kepada RM600 sebulan.

  • Ambang pendapatan bagi melayakkan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya ditingkatkan daripada RM1,700 kepada RM2,000.

  • Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas ditingkatkan daripada RM150 kepada RM200 sebulan, seramai 150,000 dapat manfaat.

  • Insentif Pengajaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas ditingkatkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan, manfaatkan 20,000 guru pendidikan khas.

  • Pusat Permata Kurnia akan dibina di Melaka dan Pahang khusus untuk anak-anak autistik diberi pendidikan, sokongan dan latihan.

  • Lebih 130 kelas Tabika Tunas Istimewa baharu dibuka di kawasan desa seluruh negara, bolehkan anak autistik keluarga susah dapat bimbingan awal lebih berkesan.

  • 15 premis Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dinaik taraf kepada Pusat Terapi Khusus untuk memanfaat 20,000 OKU Sindrom Down berdaftar.

  • 3,000 penjaga OKU baharu dibekalkan kemahiran khusus bagi memenuhi keperluan perkhidmatan penjagaan OKU di seluruh negara.

  • RM445 juta diperuntuk kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

  • Kerajaan setuju bina sebuah asrama khas untuk anak-anak Orang Asli di Kinta, Perak yang tinggal jauh dari sekolah.

  • Kerajaan MADANI bantu lebih 250,000 rakyat keluar daripada belenggu kebankrapan sejak 2023.

  • RM47.7 bilion diperuntuk kepada Kementerian Kesihatan, meningkat berbanding RM46.5 bilion.

  • Bagi tahun 2027, lebih 9,000 doktor kontrak akan ditawarkan ke jawatan tetap.

  • Kadar bayaran insentif pos basik anggota paramedik dan jururawat ditingkatkan daripada RM100 kepada RM200 sebulan.

  • Bayaran insentif perkhidmatan kesihatan udara dinaikkan daripada RM30 kepada RM100.

  • Peruntukan untuk menyumber luar pesakit ke hospital lain ditingkatkan kepada RM200 juta.

  • MCMC dengan pelaburan RM1 bilion terus pergiat projek sistem rekod perubatan elektronik di fasiliti kesihatan seluruh negara.

  • Kerajaan akan meluncurkan pelan medi asas mulai Januari 2027 pada harga mampu milik.

  • Mulai 2027, bil hospital swasta guna kategori caj yang seragam dan telus supaya herotan harga dapat dikurangkan.

  • Dana Tabung Bantuan Perubatan ditingkatkan kepada RM60 juta, berbanding RM40 juta.

  • Penerima STR dan pasangan berumur 40 tahun ke atas ditawar saringan kesihatan percuma, bantuan alat perubatan dan insentif rawatan kanser melalui PeKa B40.

  • Skim Perlindungan Nasional B40 (MySalam) diteruskan tahun 2027.

  • Program BuAi tawar kesuburan mampu milik kepada 2,000 pasangan dan perkhidmatan kesejahteraan lelaki kepada 42,000 individu.

  • Saringan talasemia percuma diperluas kepada suami dan anak pembawa bagi kurangkan risiko kelahiran bayi talasemia major.

  • Sembilan fasiliti kesihatan baharu akan dibina, semua prasarana hospital dan klinik awam akan diselenggara dan dibaik pulih dengan peruntukan RM1.2 bilion.

  • Lebih RM770 juta bagi perolehan peralatan canggih untuk percepat diagnosis dan rawatan.

  • Kementerian Pendidikan kekal terima peruntukan tertinggi, hampir RM 69 bilion berbanding RM66.2 bilion tahun ini.

  • Peruntukan bagi membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah ditingkatkan daripada RM1 bilion kepada RM2 bilion.

  • Peruntukan bagi sekolah agama rakyat, institusi tahfiz dan sekolah pondok berdaftar di bawah JAKIM naik kepada RM200 juta.

  • Hampir RM1.3 bilion disediakan bagi menaik taraf 682 sekolah daif, khususnya di Sabah dan Sarawak.

  • 3,500 bilik darjah tambahan dijangka siap dibina menjelang akhir tahun ini, tampung pertambahan murid darjah satu.

  • Bantuan awal persekolahan ditingkatkan daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid, seramai 5.3 juta layak.

  • Elaun sara hidup kepada pelajar tingkatan enam berjumlah RM2,500, manfaatkan 90,000 pelajar tingkatan enam.

  • RM870 juta disediakan untuk Rancangan Makanan Tambahan kepada lebih 800,000 murid.

  • Pengambilan Pembantu Guru diperluas ke 200 sekolah rendah berkepadatan tinggi, ditambah secara berfasa.

  • Semua prosiding tatatertib di Universiti Awam berkaitan kebebasan bersuara, penyataan pandangan, kritikan awam dan perhimpunan aman telah dihentikan.

  • Kementerian Pendidikan Tinggi terima RM19.1 bilion.

  • Kerajaan setuju beri penangguhan bayaran balik PTPTN kepada peminjam berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan, diskaun 10 peratus bagi yang buat bayaran balik secara teratur.

  • Bayaran balik minimum PTPTN dikenakan hanya RM50 ke atas peminjam berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan.

  • Program Dapur Siswa MADANI diperluas ke politeknik dan institut pendidikan guru dengan peruntukan RM20 juta.

  • Bantuan tiket penerbangan Flysiswa MADANI 2027 ditingkatkan kepada RM500 berbanding RM400, lebih 60,000 penuntut IPTA dapat manfaat.

  • Kemudahan My50 diteruskan, kemudahan Mykomuter50 akan diperkenalkan untuk manfaat 40,000 pengguna KTM komuter.

  • Kerajaan akan memperoleh 42 set tren baharu bagi perkhidmatan ETS dan KTM Komuter.

  • Perkhidmatan bas henti-henti ditingkatkan di bandar-bandar utama dengan peruntukan RM270 juta.

  • Kerajaan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan, wajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah bayar pampasan kepada mangsa jika terlibat kemalangan.

  • Sistem telematik akan diwajibkan dipasang di kenderaan perdagangan untuk pantau kelajuan, lokasi dan corak pemanduan berisiko.

  • RM40 juta untuk perkasa peranan jurutera daerah bagi mempercepat pelaksanaan projek kecil.

  • Jalan negeri dibaiki menggunakan dana MARRIS RM5.7 bilion.

  • Lembaga Lebuhraya Malaysia akan bina 15 tempat berteduh motosikal, pasang 70 CCTV di lebuh raya PLUS, sediakan 50 kemudahan pengecasan kenderaan elektrik di lokasi strategik.

  • Hampir RM25 juta disediakan untuk percepat urusan kerajaan dengan rakyat dan perniagaan.

  • RM300 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan projek agromakanan antara kerajaan Persekutuan dengan negeri.

  • Kerajaan menyediakan bantuan untuk pesawah sebanyak RM2.62 bilion.

  • Kerajaan meningkatkan kadar insentif penuaian padi daripada RM50 kepada RM100 sehektar semusim.

  • Kadar insentif pembajakan yang telah ditingkatkan kepada RM300 dikekalkan dan diperluas kepada pesawah Sabah serta Sarawak.

  • Jumlah pemegang lesen sampan khas ditingkatkan daripada 17,000 kepada 20,000 nelayan dengan peruntukan RM30 juta.

  • RM178 juta disediakan untuk insentif hasil tangkapan dan Elaun Sara Hidup sehingga RM300 sebulan.

  • Peruntukan bagi membaik pulih jalan-jalan ladang digandakan kepada RM100 juta.

  • Kadar insentif pengeluaran getah ditingkatkan kepada RM3.30 sekilogram, lebih 300,000 pekebun kecil dapat manfaat.

  • RM30 juta untuk membendung penyakit dan serangan perosak tanaman.

  • Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan masing-masing menerima peruntukan RM22 bilion.

  • RM7.1 bilion dikhususkan untuk membeli dan menyelenggara asetaset angkatan tentera, polis dan badan beruniform di bawah KDN.

  • Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan diperuntukkan RM490 juta.

  • Ujian dadah dan saringan alkohol wajib kepada juruterbang serta kru penerbangan, 48 mesin pengimbas dipasang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

  • Pusat Respons Penipuan Kebangsaan akan membangunkan aplikasi AI untuk atasi masalah jenayah siber.

  • MCMC perhebat pelaksanaan Kempen Internet Selamat di semua sekolah.

  • 82 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) sedang dilaksanakan mengikut jadual.

  • RM260 juta diperuntukkan untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara, kadar bantuan pembaikan rumah mangsa bencana dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000.

  • RM200 juta untuk geran Sejahtera MADANI bagi perolehan peralatan dan latihan kepada 40,000 penerima khususnya wanita.

  • Dana pembiayaan TEKUN ditingkatkan kepada RM1.3 bilion, untuk kaum India pembiayaan di bawah TEKUN dan AIM ditingkatkan kepada RM150 juta.

  • RM142 juta untuk perhebat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

  • RM10 juta untuk JOM MALAYSIA bagi membawa produk desa dan perkhidmatan bernilai tinggi ke platform digital dan pasaran luar.

  • 30,000 peluang pekerjaan baharu disediakan melalui penglibatan syarikat swasta untuk program Bakat MADANI, RM8 bilion peruntukan untuk TVET rentas kementerian.

  • HRD Corp sedia dana RM3 bilion dan tawarkan 3 juta peluang latihan kemahiran, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran sedia RM500 juta bagi membiayai pelatih yang mengikuti program latihan kemahiran.

  • Kolej Komuniti terus tawarkan kursus pendek kepada anak tahfiz sebagai laluan ke pekerjaan, keusahawanan dan pengajian tinggi.

  • RM150 juta kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) untuk pembangunan bakat muda kaum India.

  • Kerajaan tambah 100,000 langganan kecerdasan buatan (AI) percuma, diperluas meliputi aplikasi AI baharu seperti ChatGPT.

  • RM6 bilion diperuntukkan bagi memperhebat aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan ciptaan rentas kementerian.

  • Dana Ecological Fiscal Transfer (EFT) akan ditambah kepada RM270 juta, galakkan kegiatan ekonomi dan ekopelancongan yang berasaskan komuniti.

  • RM65 juta untuk memanfaat sekitar 2,500 renjer komuniti daripada kalangan orang asli, veteran tentera dan pesara polis untuk lindungi khazanah biodiversiti negara.

  • Ikhtiar pembelian pukat lama akan diperkenalkan, elak ancaman hidupan marin.

  • Peruntukan lebih RM130 juta disediakan bagi menyokong sektor perfileman, muzik dan kandungan kreatif tempatan,

  • Tiket filem dan persembahan teater tempatan di Wilayah Persekutuan dikecualikan sepenuhnya duti hiburan mulai tahun depan.

  • Peruntukan RM240 juta disediakan untuk tujuan persiapan penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027, RM460 juta untuk pembangunan sukan negara.

  • Kerajaan memperuntukkan RM30 juta untuk penyediaan Geran Padanan Sukan bagi menggalakkan penganjuran acara sukan berprestasi tinggi oleh badan sukan, kelab dan NGO.

  • Kerajaan akan memperkenalkan program Budi Belia bagi anak muda melengkapkan jumlah jam dalam aktiviti kesukarelawanan bersama NGO terpilih, terima insentif RM100.

  • Kerajaan akan anjur Liga Perpaduan, hidupkan semula sukan tradisional dan permainan rakyat sebagai wahana perpaduan.

  • Kadar bagi geran Rukun Tetangga ditingkatkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 setahun.

  • RM935 juta diperuntukkan untuk pelancongan dan budaya.

  • Had pembelian barangan bebas cukai bagi pelawat dan pelancong dinaikkan kepada RM10,000 tertakluk tempoh penginapan minimum 48 jam.

  • Image from: Apa Yang Rakyat Dapat? Ini Inti Pati Belanjawan 2027
    Kredit: Bernama
    • Peruntukan untuk hal ehwal Islam ditingkatkan daripada RM2.6 bilion kepada RM3.1 bilion, Kerajaan MADANI tubuhkan Majlis Penasihat Pondok dan Turath Malaysia.

    • Insentif khas sebanyak RM150 sebulan diberikan kepada 500 orang guru KAFA yang mendidik murid berkeperluan khas.

    • Kerajaan melalui Tabung Haji tanggung sepenuhnya caruman Perkeso 40,000 imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir.

    • Rang Undang-undang Entiti Milik Kerajaan akan digubal, perketat tatakelola entiti urus wang dan aset rakyat.

    • Badan penguat kuasa SPRM, PDRM KPDN, JKDM, MYCC memperhebat keupayaan operasi dengan peruntukan RM1.1 bilion.

    • Kerajaan setuju beri bantuan khas kewangan sekali bayar RM1,000 kepada 38,000 pemandu teksi termasuk kereta sewa dan 15,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara, minggu depan.

    • RM2.3 bilion untuk membina dan menyelenggara kuarters termasuk polis, doktor, tentera, guru dan bomba.

    • Elaun Anggota RELA, Bomba Bantuan, Sukarelawan Polis dan Sukarelawan Pertahanan Awam dinaikkan kepada RM9 sejam bagi kategori petugas sukarelawan, RM10.80 sejam bagi kategori penyelia.

    • Bayaran faedah Ex-Gratia Waris Pukal sekali bayar ditingkatkan daripada RM20,000 kepada maksimum RM50,000 tertakluk tempoh perkhidmatan.

    • Jumlah kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan dinaikkan daripada 360 hari kepada 490 hari.

    • RM20 juta disediakan bagi menambah baik pusat penjagaan anak di fasiliti kerajaan.

    • Kadar pencen terendah dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan, hampir 59,000 pesara, veteran ATM dan penerima pencen terbitan dapat manfaat.

    • Bantuan Khas Kewangan RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah termasuk lantikan kontrak, manakala RM750 diberikan kepada lebih 1 juta pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

    • Pembayaran Bantuan Khas Kewangan dibuat dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang Hari Kebangsaan.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved