
KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju menaikkan jumlah kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan daripada 360 hari kepada 490 hari.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahbaikan itu membolehkan kadar cuti bersalin meningkat kepada maksimum 98 hari bagi setiap kelahiran.
“Kerajaan bersetuju menaikkan jumlah kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan daripada 360 hari kepada 490 hari.
“Bermakna, kadar cuti bersalin meningkat kepada maksimum 98 hari setiap kelahiran,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, kerajaan turut menyediakan peruntukan RM20 juta bagi menambah baik pusat penjagaan anak di fasiliti kerajaan.
Langkah berkenaan merupakan antara usaha kerajaan meningkatkan kemudahan sokongan kepada ibu bapa bekerja, khususnya dalam perkhidmatan awam.b– KOSMO! ONLINE
The post Belanjawan 2027: Cuti bersalin penjawat awam naik maksimum 98 hari setiap kelahiran appeared first on Kosmo Online.






