
Dalam Belanjawan 2027, kerajaan memberi tumpuan khusus kepada sektor hiburan dengan mengumumkan pengecualian duti hiburan bagi tiket filem serta persembahan teater tempatan mulai tahun 2027.

Langkah ini merupakan usaha untuk memperkukuh ekosistem seni dan budaya, di samping meringankan beban kos kepada penonton serta membuka ruang yang lebih luas kepada pengkarya untuk terus berkarya. Pada masa yang sama, kerajaan menyeru agar negeri-negeri turut mengambil pendekatan serupa bagi menyokong penggiat seni di seluruh Malaysia.
Dalam pada itu, ekosistem animasi negara akan dipertingkatkan dengan sasaran melahirkan 20 harta intelek baharu serta memperkenalkan watak Malaysia ke pasaran global. Usaha ini bukan sahaja memberi manfaat kepada industri hiburan malah berpotensi meningkatkan karya seni negara ini agar lebih relevan di pentas dunia.
Liputan Belanjawan 2027 di Amanz disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.





