Belanjawan 2027: Elaun murid istimewa, autistik naik RM200 sebulan

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 4:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan 2027: Elaun murid istimewa, autistik naik RM200 sebulan

PETALING JAYA – Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas ditingkatkan daripada RM150 kepada RM200 sebulan yang memberi manfaat kepada 150,000 murid istimewa termasuk kanak-kanak autistik di seluruh negara.Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Insentif Pengajaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas untuk 20,000 guru pendidikan khas turut dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan.“Bagi memperkasakan sokongan serta pendidikan awal kanak-kanak autistik, dua buah Pusat Permata Kurnia baharu akan dibina di Melaka dan Pahang sebagai pusat latihan serta bimbingan khusus.“Lebih 130 kelas Tabika Tunas Istimewa baharu bakal dibuka di kawasan desa seluruh negara bagi memastikan anak-kanak autistik daripada keluarga kurang mampu mendapat perkhidmatan intervensi awal yang berkesan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.Dalam pada itu, katanya, sebanyak 15 premis Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) akan dinaik taraf kepada Pusat Terapi Khusus untuk manfaat 20,000 individu Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down yang berdaftar.Beliau menambah, kerajaan juga menyasarkan pembekalan kemahiran khusus kepada 3,000 penjaga OKU baharu demi memenuhi keperluan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan golongan berkenaan di peringkat nasional. – KOSMO! ONLINE

The post Belanjawan 2027: Elaun murid istimewa, autistik naik RM200 sebulan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved