Belanjawan 2027: Had pembelian bebas cukai Langkawi, Labuan naik kepada RM10,000

9 Oct 2026 • 5:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Belanjawan 2027: Had pembelian bebas cukai Langkawi, Labuan naik kepada RM10,000
Penetapan itu bertujuan untuk merancakkan pelancongan di pulau bebas di Langkawi dan Labuan.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan menaikkan had pembelian barangan bebas cukai bagi pelawat dan pelancong dinaikkan kepada RM10,000, tertakluk tempoh penginapan minimum 48 jam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penetapan itu bertujuan untuk merancakkan pelancongan di pulau bebas di Langkawi dan Labuan.

"Lebih banyak produk buatan Langkawi juga diberi pengecualian duti import, sekali gus menyokong usahawan setempat," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat di sini pada Jumaat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan pembayaran kod respons pantas (QR) diperluaskan di 15 lokasi termasuk pulau peranginan.

"Di sesetengah pulau peranginan, penduduk dan pelancong sukar mencari mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

"Peniaga kecil terlepas jualan apabila pelanggan tiada wang tunai," ujarnya lagi.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, rebat diberikan kepada penganjur acara di lokasi berkapasiti 10,000 penonton dalam menjadikan negara sebagai destinasi pilihan bagi acara besar antarabangsa.

"Galakan cukai bagi lawatan insentif, persidangan dan pameran perdagangan bertaraf antarabangsa turut dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2030," katanya.

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved