Belanjawan 2027: Kempen Melawat Malaysia Dilanjutkan Hingga 2027, Kerajaan Peruntuk RM935 juta Bagi Pelancongan & Budaya

9 Oct 2026 • 7:05 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Belanjawan 2027: Kempen Melawat Malaysia Dilanjutkan Hingga 2027, Kerajaan Peruntuk RM935 juta Bagi Pelancongan & Budaya

Hari ini (9 Oktober) Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan telah melanjutkan kempen tahun melawat Malaysia (VM) hingga tahun hadapan.

Oleh itu, sebanyak RM935 juta diperuntukkan untuk pelancongan dan budaya:

  • Antaranya, termasuk menyediakan geran galakan kepada penggiat industri untuk mempromosi dan menganjurkan acara pelancongan
  • Mutu kemudahan pelancongan akan ditingkatkan termasuk prasarana jeti dan tapak warisan yang berpotensi diiktiraf UNESCO seperti Danum Valley, Sabah; Lembah Bujang, Kedah dan Taman Negara Pahang
  • Seni Budaya dan warisan terus disemarakkan melalui penganjuran Festival Budaya sempena Sukan SEA dan menyokong penggiat budaya dan warisan seperti kraf tangan, tenun dan batik
  • Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa dan Carter disediakan bagi merintis laluan penerbangan terus baharu dari China, India, Asia Tengah dan Eropah. Skop geran jua diperluas meliputi kapal persiaran, feri dan bas persiaran yang membawa pelancong antarabangsa ke Malaysia

Untuk merancakkan pelancongan di pulau bebas cukai di Langkawi dan Labuan, had pembelian barangan bebas cukai bagi pelawat dan pelancong juga dinaikkan kepada RM10,000 tertakluk tempoh penginapan minimum 48 jam.

“Lebih banyak produk buatan Langkawi juga diberi pengecualian duti import, sekali gus menyokong usahawan setempat,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved