Belanjawan 2027: Inisiatif beli pukat lama lestari ekosistem marin

LocalEnvironment
10 Oct 2026 • 1:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan 2027: Inisiatif beli pukat lama lestari ekosistem marin

KUALA TERENGGANU – Inisiatif pembelian pukat lama dan menaik taraf sistem pembentungan di pulau-pulau peranginan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2027 semalam mampu membantu mengurangkan ancaman terhadap ekosistem marin negara.

Ketua Pusat Konservasi Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Mohd. Uzair Rusli menyambut baik kedua-dua inisiatif tersebut yang diyakini mampu menangani ancaman terhadap ekosistem marin selain menyokong memacu ekonomi biru negara.

Beliau berkata, inisiatif pembelian pukat lama juga sememangnya dinantikan berikutan peralatan menangkap ikan tersebut yang hilang, terlucut atau ditinggalkan di laut sering menjadi perangkap berbahaya buat hidupan marin.

“Ancaman ‘pukat hantu’ itu bukan sahaja menjejaskan penyu, malah spesies marin lain seperti yu dan pari.

“Pengumpulan pukat usang disertai dengan penggantian pukat yang lebih baik dapat membantu mengurangkan risiko tersebut,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mohd. Uzair berkata, pelaksanaannya perlu memastikan pukat usang yang dibeli diurus melalui pelupusan atau kitar semula yang sesuai agar tidak kembali mencemarkan laut.

Mengulas inisiatif menaik taraf sistem pembetungan di pulau-pulau peranginan pula, beliau berkata, pengurusan kumbahan yang tidak berkesan boleh menjejaskan kualiti air, kesihatan ekosistem marin dan imej destinasi pelancongan itu sendiri. – KOSMO! ONLINE

The post Belanjawan 2027: Inisiatif beli pukat lama lestari ekosistem marin appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved