Belanjawan 2027: Terengganu terima peruntukan melebihi RM1.8 bilion

LocalPolitics
10 Oct 2026 • 3:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan 2027: Terengganu terima peruntukan melebihi RM1.8 bilion

KEMAMAN – Peruntukan pembangunan Persekutuan untuk Terengganu pada tahun hadapan dijangka melebihi RM1.8 bilion yang diterima tahun ini, susulan pembentangan Belanjawan 2027, semalam.

Pengarah Pembangunan Persekutuan Terengganu, Datuk Abdul Kahar Abdul Latif berkata, meskipun belum diperincikan namun pihaknya optimis projek pembangunan fizikal dan sosial untuk manfaat rakyat dijangka diteruskan khususnya bagi bidang pendidikan, kesihatan serta usaha menangani masalah banjir dan hakisan pantai.

“Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan memastikan projek pembangunan yang diluluskan dapat memberi faedah kepada seluruh penduduk negeri ini.

“Kerjasama antara agensi kerajaan Persekutuan dan negeri akan terus diperkukuh bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar, terutama melibatkan keperluan mendesak rakyat,” katanya selepas merasmikan Hari Sukan Negara peringkat Terengganu yang disertai lebih 2,000 orang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Kahar berkata, pelaksanaan projek pembangunan di Terengganu kini memasuki Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), dengan Rancangan Rolling Kedua dijadualkan bermula tahun depan.

Menurutnya, projek yang mengalami kelewatan atau dikategorikan sebagai projek sakit pada tahun ini masih terkawal, iaitu kurang daripada 10 peratus.

“Isu ini (kelewatan projek) dapat ditangani menerusi sesi libat urus, mesyuarat dan lawatan tapak secara berterusan bersama agensi kerajaan Persekutuan serta negeri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Belanjawan 2027: Terengganu terima peruntukan melebihi RM1.8 bilion appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved